Keberkesanan Aplikasi Kahoot! Sebagai Alat Untuk Mengulang Kaji Mata Pelajaran Geografi (Tajuk Skala dan Jarak)
List of Authors
  • Felicia Rabong, Nurfaradilla Mohamad Nasri

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kahoot! pertama kali telah dilancarkan pada tahun 2013 yang menyediakan peluang pembelajaran berbentuk permainan dan perisian ini mudah digunakan. Perisian ini dipercayai telah meningkatkan motivasi, sikap dan pencapaian pelajar terhadap pembelajaran. Beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan kesan positif peirisan Kahoot! di dalam kelas. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka kesan aplikasi Kahoot! terhadap motivasi pelajar dan menghuraikan kesan motivasi terhadap prestasi akademik pelajar. Kajian tindakan ini menggunakan rekabentuk ujian pra dan pos eksperimen kuasi yang terdiri daripada dua kumpulan. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan mudah dengan memilih dua kelas di sebuah sekolah menengah di Kuching Sarawak. Seramai 35  pelajar Tingkatan 2 yang terlibat di dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan kumpulan rawatan mendapat median skor yang tinggi selepas intervensi manakala median skor pencapaian pelajar di kumpulan kawalan kekal. Cadangan untuk pengkaji yang akan datang adalah dengan mencadangkan para pendidik menggunakan perisian Kahoot untuk meningkatkan motivasi pelajar terhadap pemboleh ubah atau mata pelajaran lain yang lebih berpontensi.


Reference
  • No References Recorded