Pemahaman Makna Denotatif dan Makna Konotatif Simpulan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM
List of Authors
  • Che Suriani Kiflee, Mariati Mokhtar, Mazliza Mohtar

Keyword
  • Simpulan Bahasa, Pintar Dan Berbakat, Semantik, Makna Denotatif Dan Konotatif

Abstract
  • Kajian mengenai simpulan bahasa telah banyak dilakukan oleh pengkaji lepas. Dalam konsep linguistik, simpulan bahasa berada di bawah topik semantik iaitu melihat kajian makna. Dalam kepelbagaian tajuk semantik, terdapat topik yang menyentuh mengenai konsep denotatif dan konotatif dalam melihat perkaitan makna dalam sesuatu ujaran. Simpulan bahasa merupakan salah satu topik yang dekat dengan makna denotatif dan konotatif ini kerana terdapat dua makna yang mendasari sesuatu peribahasa. Dalam melaksanakan kajian ini, kaedah soal selidik secara alam maya iaitu menggunakan Google Form telah diberikan kepada seramai 36 pelajar Tahap 1 yang berumur 15 - 16 tahun dan mengikuti pengajian di Kolej PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Data yang didapati daripada borang soal selidik dianalisis untuk melihat sama ada responden memahami konsep makna denotatif dan makna konotatif simpulan bahasa. Hasil dapatan data juga digunakan untuk menganalisis pola bentuk jawapan pelajar mengenai pemahaman mereka konsep denotatif dan konotatif dalam simpulan bahasa.

Reference
  • No Data Recorded