Rekabentuk Augmented Reality dalam pembelajaran topik get logik asas kursus Digital Electronics semasa pandemik COVID-19
List of Authors
  • Nur Diyana Ismail , Siti Hasmah Jamali

Keyword
  • Augmented Reality (AR), get logik asas, Blippar, pengajaran dan pembelajaran

Abstract
  • Pandemik COVID-19 yang diistiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melanda dunia dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah merancakkan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian berikutan penutupan sektor pendidikan. Selaras dengan itu, pelajar politeknik Malaysia perlu melaksanakan pembelajaran melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian. Proses ini memerlukan bahan pembelajaran yang sesuai dan berkesan dalam memastikan pelajar memahami dengan jelas terutamanya pembelajaran yang memerlukan pemahaman asas. Augmented Reality (AR) adalah teknologi yang menarik dan mudah diakses yang digunakan untuk meningkatkan pemahaman dalam proses pembelajaran. AR membolehkan penambahan objek maya ke dalam persekitaran sebenar untuk memudahkan interaksi secara nyata. Teknologi ini dilihat sebagai media inovatif yang sangat menarik dan berkesan ketika mengajar dan belajar. Dalam inovasi teknologi masa kini, Model Penerimaan Teknologi (TAM) sangat ketara. Tujuan utama model TAM adalah untuk menjelaskan dan memahami faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan dan tingkah laku pengguna terhadap penggunaan teknologi moden seperti AR. Dalam proses pendidikan, platform yang menggunakan augmented reality dan berjaya dilaksanakan adalah aplikasi Blippar. Dalam kursus Digital Electronics, masalah yang dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah pelajar menghadapi kesukaran untuk mengingat dan memahami get-get asas dan jadual kebenarannya dengan betul. Get logik asas adalah konsep penting untuk mempelajari elektronik. Memahami get-get asas dan jadual kebenarannya sangat penting bagi pelajar untuk mendapatkan keluaran litar dan membina litar logik. Untuk mengatasi masalah tersebut, AR direkabentuk sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi Blippar. Rekabentuk ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran interaktif untuk pelajar dalam topik get logik asas dan memahami topik dengan cepat. Hasil dapatan menunjukkan, AR yang direkabentuk dan diuji kebolehfungsiannya boleh dicapai menggunakan aplikasi Blippar yang dimuatnaik ke telefon pintar. Pengkaji berharap dengan pembangunan rekabentuk AR ini dapat menyediakan kemudahan pembelajaran interaktif untuk topik get logik asas dengan elemen AR dalam peranti mudah alih.

Reference
  • 1. Basiron, Ismail (2012). Kesan kaedah pengajaran multimedia interaktif dalam pengajaran seni visual. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

    2. Btari Mariska Purwaamijaya (2019). Technology Acceptance Model (TAM) on Augmented Reality Affecting The Education Of Children (Case Study Octagon Studio). Jurnal Tam Tamo Btari.

    3. Dwi Yuniarto,M. Agreindra Helmiawan & Esa Firmansyah (2018). Technology Acceptance in Augmented Reality. Jurnal Online Informatika,Volume 3 No. 1,10-13.

    4. Freitas dan Campos (2008). SMART : A sytem of Augmented Reality for Teaching 2nd Grade Students. University of Madeira

    5. Huda Wahid, R., Fauziah, B Harryizman, H., Ali Yusny, D., Haslina, M. & Norida, M.D. (2010). Using augmented reality for supporting learning human anatomy in science subject for Malaysia primary schoo., Putrajaya.

    6. Kaufmann, H. (2013). Collaborative Augmented Reality in Education . Institute of Software Technology and Interactive Systems Vienna University of Technology .

    7. Kerawalla L, Luckin R, Seljeflot S, Woolard A (2006) “Making It Real”: Exploring The Potentional Of Augmented Reality For Teaching Primary School Sciense. Virtual Real 10(3-4):136-174.

    8. Milgram, P.,Takemura, H., Utsumi,A.,& Kishino, F. (1994). Augmented Reality: A Class Of Displays On The Reality - Virtuality Continuum. Proceeding the SPIE: Telemanipulator and Telepresence Technologies.

    9. Shelton, B. E., & Hedley, N.R. (2002). Using Augmented Reality For Teaching Earth-Sun Relationship To Undergraduate Geography Students. The First IEEE International Augmented Reality Toolkit Workshop, 1-8.

    10. Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 7(2), 32-35.