Penilaian kualiti air bawah tanah berdasarkan indeks kualiti air di Pulau Kapas, Terengganu
List of Authors
  • Arijatul Wardah Ahmad , Hanifah Mahat , Koh, Liew See , Mohmadisa Hashim , Nasir Nayan , Yazid Saleh , Zahid Mat Said

Keyword
  • Kualiti air, air bawah tanah, kegunaan domestik, rawatan intensif, pelancongan pulau

Abstract
  • Sumber air bersih sangat terhad bagi penduduk yang tinggal di kawasan pulau terutamanya sumber air tawar. Salah satu sumber air tawar utama yang diperoleh adalah daripada air bawah tanah. Tujuan kajian untuk mengkaji tahap kualiti air bawah tanah yang terdapat di Pulau Kapas, Terengganu bagi kegunaan domestik oleh penduduk dan pelancong. Pencerapan telah dilakukan mengikut perubahan angin monsun iaitu Monsun Barat Daya (Ogos), peralihan monsun (Oktober) dan Monsun Timur Laut (November) pada tahun 2018 di empat lokasi yang berbeza. Kajian kualiti air bawah tanah ini melibatkan pengukuran enam parameter yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia iaitu oksigen terlarut, pH, permintaan oksigen biokimia, permintaan oksigen kimia, jumlah pepejal terampai dan ammonia nitrogen dalam menentukan indeks kualiti air bagi Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan parameter kualiti air berada pada Kelas I dan II. Namun, jika dinilai secara keseluruhannya, status kualiti air bawah tanah di Pulau Kapas berada pada Kelas II dan III dengan status sedikit tercemar. Dengan pengkelasan yang diperoleh, air bawah tanah di Pulau Kapas ini memerlukan rawatan konvensional dan intensif kerana tidak sesuai untuk dijadikan air minumam secara terustetapi bolehdigunakan untuk tujuan lain seperti mandi dan membasuh.Implikasi kajian menunjukkan analisis kualiti air bawah tanah di PulauKapas dapat menyedarkan penduduk tempatan dan pelancong tentang status semasa kualiti air bawah yang mereka gunakan untuk keperluan seharian.

Reference
  • 1. American Public Health Association. (2005).Standard methods for the examination of water & wastewater. (Vol.21). United States: American Public Health Association.
    2. Aris, A. Z., Abdullah, M. H., & Praveena, S. M. (2009). Evolution of groundwater chemistry in the shallow aquifer of a small tropical Island in Sabah, Malaysia. Sains Malaysiana, 38(6), 805–812.
    3. Fadaei, A.,& Sadeghi, M. (2014). Evaluation and assessment of drinking water quality in Shahrekord, Iran. Resources and Environment, 4(3), 168-172.
    4. International Groundwater Resources Assessment Centre. (2016). Groundwater monitoring in small island developing states in the Pacific. Netherland: IGRAC.
    5. Jabatan Alam Sekitar. (2018). Laporan kualiti alam sekeliling 2017. Putrajaya: Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
    6. Khan, A.,& Qureshi, F. R. (2018). Groundwater quality assessment through Water Quality Index (WQI) in New Karachi Town, Karachi, Pakistan. Asian Journal ofWater, Environment and Pollution, 15(1), 41-46.
    7. Koh, D.-C., Ko, K. -S., Kim, Y., Lee, S. -G.,& Chang, H. -W. (2007). Effect of agricultural land use on the chemistry of groundwater from basaltic aquifers, Jeju Island, South Korea. Hydrogeology Journal,15, 727-743.
    8. Krishan, G., Singh, S., Singh, R. P., Ghosh, N. C.,& Khanna, A. (2016). Water quality index of groundwater in Haridwar District, Uttarakhand, India. Water and Energy International, January 2016, 55-58.
    9. Kumar, S. K., Logeshkumaran, A., Magesh,N. S., Godson, P. S.,& Chandrasekar, N. (2015).Hydro-geochemistry and application of water quality index (WQI) for groundwater quality assessment, Anna Nagar, part of Chennai City, Tamil Nadu, India. Appl. Water Sci., 5, 335-343.
    10. Lin, C. Y., Abdullah, M. H., Musta, B., Aris, A. Z., & Praveena, S. M. (2010). Assessment of selected chemical and microbial parameters in groundwater of Pulau Tiga, Sabah, Malaysia. Sains Malaysiana, 39(3), 337-345.
    11. Luthfi, A., Maryunani, Saleh, M.,& Cahyo, H. (2017). Analysisof sustainable groundwater resources management in Jember District (Study in Sumberjati Village, Silo Sub-District). Resources and Environment, 7(5), 115-123.
    12. Majlis Daerah Marang. (2018). Destinasi menarik. Diperoleh daripada http://www.mdmarang.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/pulau-kapas
    13. Moayedi, H., Huat, B. B. K., Asadi, A., Kazemian, S.,& Mohammad Ali, T. A. (2011). Groundwater quality assessment of Labuan Island. International Journal of the Physical Sciences, 6(18), 4441-4449.
    14. Mohamed, A. A. J., Abdul Rahman, I., & Lim, L. H. (2014). Groundwater quality assessment in the urban-west region of Zanzibar Island. Environ. Monit. Assess., 186, 6287-6300.
    15. Mohd Zul Asyraf, M. K., Md Hashim, N., & Mohd Zin, M. S. (2015). Seawater intrusion in the ground water aquifer in the Kota Bharu District, Kelantan. PEOPLE: International Journal of Social Sciences, Special Issue, 2015, 320-327.
    16. Mondal, N. C., Singh, V. S., Saxena, V. K., & Prasad, R. K. (2008). Improvement of groundwater quality due to fresh water ingress in Potharlanka Island, Krishna delta, India. Environ. Geol., 55, 595-603.
    17. Muhammad Fuad Razali, Wan Syaidatul Aqma Wan Mohd Noor, Aznan Fazli,& Norsyafina Roslan. (2017). Analisis kualiti air bawah tanah di Lebuhraya SILK Kajang –Sungai Long, Hulu Langat, Selangor. Undergraduate Research Journal for Earth Sciences, 2017, 46-50.
    18. Noraini, M., Mohd Adam, O., & Sumayyah Aimi, M. N. (2013). Kualiti air di empangan Timah Tasoh dan kawasan tadahannya. Dlm. Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Mohmadisa Hashim &Nasir Nayan (pnyt.), Hidrologi dan pengurusan sumber air di Malaysia(pp. 99–113). Tanjong Malim: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar.
    19. Nurfadzlina, M. R., & Munirah, D. S. (2012). Kajian kualiti air sungai Bedil berdasarkan “Water Quality Index (WQI). Dlm. Seminar Penyelidikan & Inovasi 2012 Giatmara Bandar Kuching. Diperoleh daripada https://docplayer.net/47781054-Kajian-kualiti-air-sungai-bedil-berdasarkan-water-quality-index-wqi.html
    20. Rahayu, E. O., Aji, A., & Tukidi. (2019). Sebaran kelayakan air sumur sebagai air baku minum di Kelurahan Sekaran Kecamatan Gunungpati Kota Semarang tahun 2018. Geo Image, 8(1), 1-8.
    21. Rosner, B. (2018). Measuring the “Power of Hydrogen Ions” (pH). Diperoleh daripada https://www.carolina.com/teacher-resources/Interactive/measuring-the-power-of-hydrogen-ions/tr10793.tr
    22. Siti Fazilatul Husni, M. S., Wan Ruslan, I., & Sumayyah Aimi, M. N. (2013). Kualiti air dan ciri fizikokimia lembangan sungai input ke dalam takungan kolam Bukit Merah, Perak. Dlm. Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Mohmadisa Hashim & Nasir Nayan (pnyt.), Hidrologi dan pengurusan sumber air di Malaysia(pp. 67–84). Tanjong Malim: Jabatan Geografi dan Alam Sekitar.
    23. Suratman, S., & Norhayati, M.T. (2013). Kesan antropogenik terhadap kualiti air di lembangan sungai Marang, perairan Laut China Selatan. Sains Malaysiana, 42(6), 743-751.
    24. Theophile, R., Razanamparany, B., & Andrianainarivelo, M. (2017). Physico-chemical analysis of the water of the well of Ampombilava in the District of Nosy-Be. Resources and Environment, 7(3), 81-86.
    25. Umar Hamzah, Abdul Rahim Samsudin, Abdul Ghani Rafek,& Khairul Azlan Razak. (2009). Kemasinan air perigi dan subpermukaan lembangan tuba Langkawi dengan analisis hidrokimia dan survei keberintangan elektrik menegak.Sains Malaysiana, 38(6), 851-856.