Pendekatan Pengajaran Berkesan bagi MBPK Berkefungsian Rendah di Kuala Lumpur
List of Authors
  • Hasnah Toran, Julia Regie

Keyword
  • Murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK), kefungsian rendah, pendekatan pengajaran, pendidikan khas, guru pendidikan khas

Abstract
  • Keberkesanan PdPc bagi MBPK berkefungsian rendah dipengaruhi oleh keupayaan guru untuk menyesuaikan pendekatan pengajaran yang digunakan dengan keperluan murid. Sehubungan itu, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pendekatan pengajaran berkesan bagi MBPK berkefungsian rendah di Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes deskriptif serta melibatkan sepuluh orang guru pendidikan khas daripada lima buah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah rendah yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur dan pemerhatian bilik darjah, serta dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan mengenal pasti lima pendekatan utama, iaitu pengajaran individu, berstruktur dan rutin, hands-on, multisensori serta pecahan tugasan dengan latihan berulang. Kajian ini memberi implikasi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam penyediaan latihan profesional berterusan dan penambahbaikan kurikulum pendidikan khas serta penetapan nisbah murid-guru yang sesuai oleh pentadbir sekolah. Kajian lanjutan dicadangkan untuk melibatkan konteks sekolah atau populasi yang lebih luas serta penggunaan pendekatan kajian yang berbeza.

Reference
  • No References Recorded