Profil dan tahap harga diri penagih berulang dalam kalangan Orang Kena Pengawasan (OKP) di Ipd Tangkak, Johor, Malaysia
List of Authors
  • Siti Rohana Ahmad , Vimalan Kantasamy , Zalmizy Hussin

Keyword
  • Penyalahgunaan bahan, dadah, relaps, harga diri, orang kena pengawasan (OKP)

Abstract
  • Penyalahgunaan dan penagihan dadah telah menjadi salah satu masalah utama yang telah memberi impak maksima dalam kehidupan manusia di seluruh dunia. Di Malaysia juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan masalah ini dan telah sebati dalam lanskap sosial negara. Dalam konteks penggunaan dadah, relaps atau pengembalian semula tingkah laku mencari dadah, adalah satu bentuk pemulihan spontan yang melibatkan tingkah laku berulang penggunaan dadah selepas tempoh pantang. Relaps ini sering kali diperhatikan dalam diri individu sama ada penagihan dadah atau sama ada bentuk pergantungan dadah. Secara realitinya, apabila lebih ramai penagih diberikan khidmat rawatan dan pemulihan maka semakin kuranglah bilangan yang kembali menagih, tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Kajian ini mengkaji profil dan tahap harga diri penagih berulang dalam kalangan orang kena pengawasan (OKP) di IPD Tangkak, Johor. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui penggunaan set borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul maklumat. Sampel kajian adalah terdiri daripada 132 orang kena pengawasan yang dikendalikan oleh AADK. Hasil kajian mendapati profil penagihan OKP didominasi oleh kaum lelaki, berketurunan Melayu dalam lingkungan umur antara 26 hingga 30 tahun dan berstatus sudah berkahwin. Tempoh penagih berulang adalah selama 2 hingga 3 tahun. Manakala, tahap harga diri OKP pula menunjukkan penyataan responden sering berasa gelisah mencatat nilai min yang paling tinggi iaitu (min= 4.189, SP= 0.594). Justeru, kajian ini dapat menjelaskan keadaan semasa mengenai bagaimana profil penagihan dan tahap harga diri mempengaruhi OKP dalam menjalani proses rawatan menangani dadah. Dari sudut peningkatan profesionalisme, implikasi kajian ini boleh dimanfaatkan kepada pegawai AADK dan PUSPEN serta ahli NGO yang terlibat dalam bersama-sama untuk membanteras dadah sebagai musuh utama negara.

Reference
  • 1. AADK. (2019). Statistik penagih baru dan berulang bagi januari hingga oktober 2019. Dipetik dari laman sesawang (www.adk.gov.my ).
    2. AADK. (2019). Pematuhan syarat-syarat pengawasan orang kena pengawasan (OKP). Dipetik dari laman sesawang (https://www.adk.gov.my/wp-content/uploads/PEMATUHAN-SYARAT-SYARAT-PENGAWASAN-ORANG-KENA-PENGAWASAN-OKP.pdf ).
    3. Azizi Yahaya, et al. (2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
    4. Babbie, E. (2008). The basics of social research (4th ed.). United Sates: Thomson.
    5. Benda, B. (2005). Gender differences in life- course theory of recidivism: A survival analysis. International Journal of Offender, 49(3), 325-342.
    6. Binswanger, I. A., Blatchford, P. J., Mueller, S. R., & Stern, M. F. (2013). Mortality after prison release: Opioid overdose and other causes of death, risk factors, and time trends from 1999 to 2009. Annals of Internal Medicine, 159(9), 592-600.
    7. Cates, W.M. (1990). Panduan amali untuk penyelidikan. (Syaharom Abdullah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    8. Center on addiction, Behind Bars II: Substance Abuse and America’s Prison Population, February. (2010). Dipetik dari: (https://www.centeronaddiction.org/addictionresearch/reports/behind-bars-ii-substance-abuse-and-america’s-prison-population ).
    9. Chuah Mooi Kim. (1990). Keyakinan diri penagih dadah: Hubungannya dengan sokongan sosial dan faktor demografi. Latihan Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    10. Criminal Justice. (2020). The Science of drug use: Discussion points. National Institute on Drug Abuse. Dipetik dari laman sesawang (https://www.drugabuse.gov/publications/drugfacts/criminal-justice ).
    11. Dennis, C.D. (1989). Relapse prevention: Treatment alternatives and counseling aids. Tab Books Inc, Blue Ridge Summit, PA.
    12. Fields, R. (1995). Drugs in perspective. USA: Brown & Benchmark.
    13. Gordon, M. S., Kinlock, T. W., Schwartz, R. P., & O’Grady, K. E. (2008). A randomized clinical trial of methadone maintenance for prisoners: Findings at 6 months post-release. Addiction, 103(8), 1333-1342.
    14. Green, T. C, Clarke J, Brinkley-Rubinstein L, et al. (2018). Post-incarceration fatal overdoses after implementing medications for addiction treatment in a statewide correctional system. JAMA Psychiatry. February 2018. doi:10.1001/jamapsychiatry.4614
    15. Hollen, K.H. (2009). Encyclopedia of addictions. Jid. 1 &2, Wesport, Connecticut: Greenwood Publishing Group.
    16. Irvin, J. E., Bowers, C.A., Dunn, M.E., and Wang, M.C. (1999). Efficacy of relapse prevention: A meta-analytic review. Journal of Consulting and Clinical Psychology.
    17. Krinsky, C. S., Lathrop, S. L., Brown, P., & Nolte, K. B. (2009). Drugs, detention, and death: A study of the mortality of recently released prisoners. The American Journal of Forensic Medicine and Pathology, 30(1), 6-9.
    18. Lee, J. D., Friedmann, P. D., Kinlock, T. W., Nunes, E. V., Boney, T. Y., Hoskinson, R. A. J. O’Brien, C. P. (2016). Extended-release naltrexone to prevent opioid relapse in criminal justice offenders. New England Journal of Medicine, 374(13), 1232-1242.
    19. Mahmood Nazar Mohamed, Ismail Ishak, Noor Aniza Ishak,& Muhamad, Dhazir (2005). Program pemulihan luar institusi untuk penagih dadah. Sintok: Universiti Utara Malaysia
    20. Mahmood Nazar Mohamed, Mohd Taib Ariffin, Ismail Ishak, Jamaludin Mustafa & Rosli Mohammed. (2004). Penggunaan strategi daya tindak di kalangan bekas penagih dadah. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
    21. Marlatt, G. A. & Gordon, J.R. (Ed.). (1985). Relapse prevention: Maintenance strategies in the treatment of addictive behaviors. New York: Guilford Press.
    22. Marsden J, Stillwell G, Jones H, et al. (2017). Does exposure to opioid substitution treatment in prison reduce the risk of death after release? A national prospective observational study in England. Society for the Study of Addiction, 112(8): 1408-1418. doi: https://doi.org/10.1111/add.13779.
    23. Mattick RP, Breen C, Kimber J, et al. (2009). Methadone maintenance therapy versus no opioid replacement therapy for opioid dependence (review). Cochrane Database of Systematic Reviews, 3: Art. No CD002209. doi: 10.1002/14651858.CD002209.pub2.
    24. Mattick RP, Breen C, Kimber J, et al. (2014). Buprenorphine maintenance therapy versus no opioid replacement therapy for opioid dependence. Cochrane Database of Systematic Reviews, 2: Art. No CD002207. doi: 10.1002/14651858.CD002207.pub4.
    25. Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    26. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia
    27. Møller, L. F., Matic, S., van Den Bergh, B. J., Moloney, K., Hayton, P., & Gatherer, A. (2010). Acute drug-related mortality of people recently released from prisons. Public Health, 124(11), 637- 639.
    28. Nunally, J., & Bernstein, I. (1994). Psychometric theory. Edisi ke-3. New York: McGraw Hill.
    29. Parks, G. A. & Marlatt, G. A. (1999) relapse prevention therapy for substance-abusing offenders: A cognitive-behavioral approach in what works: Strategic solutions: The international community corrections association examines substance abuse edited by E. Latessa. Lanham, MD: American Correctional Association, p. 161- 233.
    30. Parks, G. A & Marlatt, G.A. (2014). Relapse prevention therapy: A Cognitive-Behavioral Approach. Dipetik dari (https://www.researchgate.net/publication/259289380_Relapse_Prevention_Therapy_A_Cognitive-Behavioral_Approach/link/544778550cf2d62c3050785f/download )
    31. Rasmussen, S. (2000). Addiction treatment: Theory and practice. California. Sage Publication.
    32. Schwartz, R. P., Gryczynski, J., O’Grady, K. E, et al. (2013). Opioid agonist treatments and heroin overdose deaths in Baltimore, Maryland, 1995-2009. American Journal Public Health, 103(5): 917-922. doi: 10.2105/AJPH.2012.301049.
    33. Scorzelli, J. (1987). Drug abuse. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    34. Sekaran, U. (2003). Research methods for business: A skill-building approach. New York: John Wiley & Sons.
    35. Sun, A. P. (2007). Relapse among substance-abusing women: Components and processes. Substance Use and Misuse, 42, 1-21.
    36. Tuckman, B. W. (1988). Conducting educational research. San Diego, California: Harcourt Brace.
    37. Wakeman, S. E., & Rich, J. D. (2015). Addiction treatment within U.S. Correctional facilities: Bridging the gap between current practice and evidence-based care. Journal of Addictive Diseases, 34(2-3), 220-225.
    38. Van Dalen, D. B. (1993) Understanding educational research. New York: McGraw Hill.
    39. Vockel E.L. (1983). Educational research. New York: Mc Millan Ptd. Ltd.
    40. Zikmud, W. G., Babin J. B., Carr, J. C., & Griffin, M. (2010). Business research methods (8th ed.). Canada: South-Western Cengage Learning.