Meninjau Tahap Pengetahuan Dan Perlaksanaan Pembelajaran Sosial Dan Emosional Dalam Kalangan Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Rendah: Satu Kajian Rintis
List of Authors
  • Aznan Che Ahmad, Mahathir Muhammad

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan dan tahap perlaksanaan pembelajaran sosial dan emosional guru pendidikan khas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) peringkat sekolah rendah Oleh hal yang demikian, satu kajian rintis telah dilaksanakan dengan melibatkan lima orang pakar untuk ujian kesahan muka dan kandungan instrumen soal selidik dan 30 orang responden dalam kalangan guru PPKI sekolah rendah daerah Kuala Kangsar bagi ujian kebolehpercayaan instrumen soal selidik. Indeks Kesahan Kandungan (CVI) dan ujian kebolehpercayaan Alpha Cronbanch digunakan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Data yang diperoleh telah dijalankan penganalisisan dengan bantuan perisian SPSS versi 21. Analisis statistik yang digunakan ialah analisis deskriptif seperti kekerapan, peratus dan nilai min bagi mengukur bilangan, peratusan serta tahap pengetahuan dan tahap perlaksanaan guru PPKI terhadap  pembelajaran sosial dan emosi. Dapatan kajian menunjukkan nilai min tahap pengetahuan guru PPKI adalah tinggi iaitu 3.25 dan nilai min tahap perlaksanaan pembelajaran sosial dan emosional guru PPKI juga adalah tinggi iaitu 3.28. Walaubagaimanapun, bagi meningkatkan lagi tahap pengetahuan dan perlaksanaan pembelajaran sosial dan emosional dalam kalangan guru PPKI, maka pembinaan modul, latihan dan perbengkelan dan kursus dalam latihan perkhidmatan wajar diberi perhatian oleh pihak yang berkepentingan.


Reference
  • No Data Recorded