Pembelajaran berasaskan simulasi terhadap analisis litar resonan menggunakan perisian P-Spice
List of Authors
  • Siti Hasmah Jamali , Subashnee Marimuthu

Keyword
  • pembelajaran berasaskan simulasi, litar resonan, Pspice

Abstract
  • Pembelajaran berasaskan simulasi merupakan antara kaedah yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai perisian simulasi boleh diaplikasi sebagai alat bantu mengajar yang membolehkan pelajar memahami konsep litar resonan seperti Matlab, LabVIEW, PSCAD dan Pspice. Implementasi simulasi sebagai alat bantu mengajar membolehkan pelajar membuat simulasi litar resonan terlebih dahulu sebelum melaksanakan amali sebenar. Justeru, pembangunan litar simulasi yang mengandungi tiga komponen pasif iaitu R-L-C bertujuan sebagai pemudahcara agar pelajar memahami konsep analisis litar resonan dengan lebih baik. Rekabentuk simulasi litar resonan R-L-C yang dibangunkan, menggunakan perisian Psipce bagi mendapatkan graf resonan. Hasil rekabentuk litar resonan yang dihasilkan menunjukkan graf resonan yang diperolehi mengandungi nilai frekuensi, arus maksimum dan jalur lebar. Secara rumusannya, simulasi litar resonan membantu pelajar dalam meningkatkan penguasaan terhadap analisis litar resonan serta membolehkan pelajar menguasai perlaksanaan amali sebenar secara teratur dan bersistematik.

Reference
  • 1. Akilli, G. K. (2007). Games and Simulations: A New Approach In Education? In D. Gibson, C. Aldrich, & M. Prensky (Eds.), Games and Simulations In Online Learning: Research and Development Frameworks(pp. 1–20). Hershey: Idea Group Inc.

    2. Ismail, M.T., Alias, M. Norais, M. Najib Kamaruzaman, Norehan, S. (2020). Pembelajaran Berasaskan Simulasi Dalam Pengurusan Bencana: Apakah Persepsi Pelajar Separa Perubatan? ASEAN Journal of Teaching And Learning In Higher Education (AJTLHE) Vol.12, No.2.

    3. Janitor, J., Jakab, F., & Kniewald, K. (2010). Visual Learning Tools for Teaching/Learning Computer Networks: Cisco Networking Academy and Packet Tracer. Networking and Services (ICNS), 2010 Sixth International Conference, 351–355. doi:10.1109/ICNS.2010.55

    4. Shaharuddin, M. S. & Zaidatun, T. (2011). Pembinaan Sistem Pembelajaran Berasaskan Simulasi Interaktif Menerusi Web Bagi Kursus Telekomunikasi dan Rangkaian. 1st International Malaysian Education Technology Convention. 336-345