Pengaruh tingkah laku pengguna terhadap penerimaan produk dan industri akuakultur di Pulau Pinang
List of Authors
  • Narimah Samat , Too, See Kay Leng

Keyword
  • Tingkah laku, pengguna, produk akuakultur, industri, lestari

Abstract
  • Dalam kehidupan harian kita, terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan keputusan tidak kira dalam apa jua perkara. Hal ini termasuklah tingkah laku pengguna dalam membuat pilihan terhadap produk akuakultur. Di negeri Pulau Pinang terdapat kepelbagaian sumber makanan protein sama ada hasil tangkapan mahupun akuakultur. Namun begitu, terdapat dorongan yang berbeza dalam pemilihan produk makanan laut terutamanya produk akuakultur dalam golongan pengguna di negeri ini. Artikel ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku pengguna dalam membuat pilihan terhadap produk akuakultur dan mencadangkan satu kerangka model yang mampu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk akuakultur dan cara untuk mencapai industri akuakultur lestari. Kajian ini menggunakan teori Planned Behavior sebagai kerangka teoritikal untuk membuktikan faktor kecenderungan tingkah laku pengguna secara berkesan. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Hasil dapatan kajian mendapati daripada kelima-lima (norma sosial, norma subjektif, amalan, kewangan dan kawalan tingkah laku), faktor norma subjektif adalah faktor utama yang mendorong pengguna menerima produk akuakultur. Seterusnya, berdasarkan kecenderungan faktor tersebut kajian mencadangkan cara untuk meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk dan industri akuakultur supaya lebih lestari.

Reference
  • 1. Aindrila Biswa dan Mousumi Roy (2016). A study of consumers’ willingness to pay for green products. Journal of Advanced Management Science. 4(3), 3, 211-215.
    2. Arnold Loh, Imran Hilmy dan N. Trisha (2020). 28 Malaysian shrimp exporters red-listed by the USFDA. The Star. 4 Januari 2020.
    3. Astro Awani (2019). Murni Marlina Abd Karim. Kesan Penggunaan Probiotik Dalam Menangani Penyakit Ikan Dan Udang. https://agri.upm.edu.my/article/kesan_penggunaan_probiotik_dalam_menangani_penyakit_ik an_dan_udang-51571?L=en (Access on 1 November 2019)
    4. Atin Supartini, Taro Oishi dan Nobuyuki Nagi (2018) Changes in Fish Consumption Desire and Its Factors: A Comparison between the United Kingdom and Singapore. Foods. 7(7), 97; https://doi.org/10.3390/foods7070097.
    5. Bayton, J. A. (1958). Motivation, cognition, learning—basic factors in consumer behavior. Journal of Marketing, 22(3), 282-289. https://journals.sagepub.com/doi/abs/10.1177/002224295802200305 (Akses pada 4 July 2019)
    6. Berita Metro (2020). Zuhainy Zulkiffli. Sumber laut selamat dimakan. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/586309/sumber-laut-selamat-dimakan. (Akses pada 30 Jun 2020).
    7. Buletin Mutiara (2018). CEMACS-a gem of Penang. https://www.buletinmutiara.com/cemacs-a- gem-of-penang/ (Akses pada 2 November 2019)
    8. Claude E. Boyn dan Aaron A. McNevin (2015) An Overview of Aquaculture. Aquaculture, Resource Use, and The Environment. John Wiley & Son, Inc. New Jersey.
    9. Ikhwanuddin, M. (2020). Forum Perkhidmatan Akuakultur (FORAS). AKUATROP, Universiti Malaysia Terengganu.
    10. Isabel Richter, John Thogersen, and Christian A. Klockner (2017). Sustainable Seafood Consumption in Action: Relevant Behavior and their Predictors. Sustainability. https://www.mdpi.com/journal/sustainability
    11. Jabatan Pemetaan Malaysia (2020). Peta Sempadan Daerah Negeri Pulau Pinang.
    12. Jabatan Perikanan Malaysia (2019). Akuakultur Malaysia. https://www.dof.gov.my (Akses pada 20 Julai 2019)
    13. Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang (2019) Program ‘Pilot Training ASEAN GAP for Fish’. https://www.dof.gov.my/index.php/pages/view/pinang (Akses pada 12 Jun 2020)
    14. Jenny Weitzman (2019). Applying the ecosystem services concept to aquaculture: A review of approaches, definitions, and uses. Ecosystem Services. 35 (2019), 194-206. www.elsevier.com/locate/ecoser
    15. Jon Davenport, Kenneth Black, Gavin Burnell, Tom Cross, Sarah Culloty, Suki Ekaratne, Bob Furness, Maire Mucahy and Helmut Thetmeyer (2003) Aquaculture: the ecological issues. Blackwell Science Ltd, Australia.
    16. Joonas, R. dan Liisa, U. (2008) Preference for green packaging in consumer product choice – Do consumers care?
    17. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (2019). Laporan Akuakultur 2018. https://www.lkim.gov.my/en/ (Akses pada 1 Jun 2019)
    18. Pillay T.V.R (2005) Resources and constraints for sustainable aquaculture. Sustainable Aquaculture – Food for Future? Pg. 21-27. Balkema, Rotterdam.
    19. Roshanim, K., Mohamed, N., Sahrifah, A. H dan Nimetcan, M. (2020). Socio-demographic, Cognitive Status and Comorbidity Determinants of Catastrophic Health Expenditure among Elderly in Malaysia.International Journal of Economics and Management 11(S3):673-690.
    20. Sigmund, W. dan Mark, Tadajerski (2006). Cognitive anthropology and the problem‐solving behaviour of green consumers. Journal of Consumer Behavior. 5(3).
    21. Tovar, A., Moreno, C., Manuel-Vez, M. dan Garcia-Vargas, M. (2000a). Environmental implication of intensive marine aquaculture in earthen ponds. Marine Pollution Bulletin, 40(11):981-988.
    22. Tovar, A.., Carlos, M., Manuel, P. M. dan Manuel, G. (2000b) Environmental impacts of intensive aquaculture in marine waters. Water research. 34(1):334-342. https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0043135499001025 (Akses pada 1 Julai 2019)
    23. Wim, V., Fillep, V., Isabelle, S., John, V. C., dan Stefaan, D. H. (2007) Perceived importance of sustainability and ethnics related to fish: A consumer behavior perspective.