Pelaksanaan aktiviti terapi bermain di prasekolah
List of Authors
  • Siti Nur Aishah Ab Rashid , Suziyani Mohamed

Keyword
  • Pengetahuan, Bermain, Terapi Bermain, Guru Prasekolah, Pelaksanaan

Abstract
  • Bermain adalah aktiviti utama kanak-kanak. Bermain untuk kanak-kanak adalah medium pembelajaran dan aktiviti yang memudahkan proses pertumbuhan dan perkembangan. Terdapat dua tujuan dalam kajian ini adalah mengkaji tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap pelaksanaan aktiviti terapi dan hubungan antara pengetahuan guru prasekolah terhadap aktiviti terapi bermain dengan kelayakan bidang. Dalam kajian ini menggunakan kajian tinjauan melalui pendekatan kuantitatif. Teknik persampelan rawak mudah digunakan dalam kajian ini dan sampel kajian adalah seramai 50 orang guru prasekolah. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap guru prasekolah adalah tinggi. Nilai min keseluruhan tahap pengetahuan guru prasekolah adalah 3.76. Hasil dapatan mendapati bahawa guru prasekolah tidak mempunyai hubungan yang signifikan dan terdapat hubungan positif yang sangat kuat antara kelayakan bidang dengan pengetahuan guru prasekolah terhadap aktitiviti terapi bermain. Analisis deskriptif kajian ini boleh digunakan oleh pihak sekolah dengan diberikan pendedahan secara menyeluruh kepada guru prasekolah terhadap aktiviti terapi bermain agar guru prasekolah mempunyai pengetahuan yang cukup untuk melaksanakan aktiviti terapi bermain dalam proses PdPc. Oleh itu, dengan adanya kajian ini dapat menjadi rujukan kepada guru prasekolah dan menilai sendiri tahap pengetahuan dalam melaksanakan aktiviti terapi bermain bersama kanak-kanak di dalam kelas. Secara kesimpulannya, kajian ini menunjukkan guru prasekolah mempunyai pengetahuan yang sedia ada berkaitan aktiviti terapi bermain bahkan bagi meningkatkan pengetahuan, guru prasekolah boleh turut serta dalam mengikuti khusus atau bengkel yang berkaitan dengan aktiviti terapi bermain.

Reference
  • 1. Baharin Abu & Hasnita Ismail @ Nawang. 2010. Tahap Kesediaan Guru Pelatih Ijarah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup Mengajar Subjek Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah. Univerisiti Teknologi Malaysia.

    2. Bratton, S. C., Ray, D., Rhine, T., & Jones, L. 2005. The efficacy of play therapy with children: A meta-analytic review of treatment outcomes. Professional psychology: research and practice, 36(4), 376.

    3. Bredekamp, S., & Copple, C. (1997). Developmentally Appropriate Practice in Early Childhood Programs. (Revised Edition). National Association for the Education of Young Children, 1509 16th Street, NW, Washington, DC 20036-1426.

    4. Fair View Counseling. 2007. What is play therapy? Retrieved 2 March 2019 from http://www.fairviewcounseling.org/playtherapy.htm.

    5. Gladding, S. T. 2016. The Creative Arts in Counseling (fourth). Alexandria, VA: American Counseling Association.

    6. Gosteva, A. V. 2013. Effects of early childhood teacher delivered play therapy intervention on the social skills of young children: a pilot study.

    7. Hussin, S. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan. Edisi Pertama. Selangor: Kayazano Enterprise.

    8. Kuet, C. T. 2014. Penggunaan Terapi Bermain Pasir Dalam Menangani Masalah Perhubungan Sosial Antara Rakan dan Ahli Keluarga Murid Tahun Tiga. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPGK BL Tahun, 8, 1-17.

    9. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010. Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya: Percetakan Nasional Malaysia Bhd.

    10. Landreth, G.L. 2012. Play therapy: The art of the relationship. London: Routledge.

    11. Landreth, G. L. 2012. Play therapy: The art of the relationship (3rd Edition). New York: Taylor & Francis Group.

    12. Norhaya Isa. 2015. Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru pendidikan Islam sekolah rendah terhadap pendekatan didik hibur. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    13. Rajendran Nagappan. 2010. Teaching thinking skills at institutions of higher learning: Lesson learned. Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 18, 1- 14.

    14. Rusli Busu. 2011. Kesan terapi bermain pasir dan melukis terhadap kerisauan dan estim kendiri murid (Doctoral dissertation, Ph. D. Thesis, Faculty of Education, Universiti Sains Malaysia).

    15. Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali 2013. Belajar melalui bermain: Prinsip utama kurikulum pendidikan awal kanak-kanak. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

    16. Vygotsky, L. S. 1978. Mind in society: The development of the higher psychological processes. Cambridge, MA: Harvard University Press.

    17. Zakiah Mohamad Ashari, Azlina Mohd Kosnin & Yeo Kee Jiar. 2011. Persepsi dan amalan guru novis terhadap penggunaan pendekatan belajar sambil bermain. Kertas Kerja Seminar The International Conference on Early Childhood and Special Education (ICECSE) 2011, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.