Perak sebagai pusat perdagangan di Alam Melayu sehingga abad ke-19
List of Authors
  • Megat Zulrushdi Fahimudin , Mohd Samsudin , Suffian Mansor

Keyword
  • Masyarakat Melayu, alam Melayu, kegiatan ekonomi, perdagangan

Abstract
  • Makalah ini membincangkan perkembangan kegiatan ekonomi perdagangan dalam kalangan masyarakat Melayu di Perak sehingga awal kedatangan British pada tahun 1874. Masyarakat Melayu sering kali dikaitkan hanya terkenal dengan kegiatan ekonomi sara diri pertanian dan perikanan sebagai memenuhi keperluan hidup mereka semata-mata tanpa melihat kepentingan ekonomi lain. Makalah ini akan membuktikan bahawa perdagangan juga adalah merupakan satu kegiatan ekonomi yang terpenting bagi masyarakat Melayu di Perak bermula seawal kewujudan kerajaan tua Gangga Nagara di Perak lagi. Kajian ini akan menggunakan kaedah kajian kualitatif pendekatan sejarah iaitu memberikan tumpuan kepada manuskrip lama negeri Perak iaitu Misa Melayu di samping penggunaan-sumber sekunder tulisan-tulisan sarjana yang berkaitan dengan perdagangan di Perak. Bermula dari tempoh kerajaan awal sehinggalah awal kedatangan British, telah banyak bukti yang telah ditemukan bahawa masyarakat Melayu di Perak telah menjadikan kegiatan perdagangan sebagai aktiviti yang utama. Selain golongan pemerintah dan pembesar yang terlibat dalam kegiatan perdagangan ini, golongan masyarakat lain juga turut terlibat secara aktif menjalankan aktiviti perdagangan bermula sebagai memenuhi keperluan seharian sehinggalah menjadi pembekal untuk sesuatu barangan dagangan. Kegiatan ekonomi perdagangan juga telah membawa kepada permulaan kedatangan pelbagai keturunan masyarakat Melayu daripada Alam Melayu yang hampir kesemuanya adalah bermula dengan menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan.

Reference
  • 1. A. Azmi Khalid. (1997). Ekonomi Melayu Kurun ke-19: Sara Diri atau Komersial? Dalam Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee. Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    2. A. Cortesa, (1944). The Suma Oriental of Tome Pires, an Account of the East, from the Red Sea to Japan, Written in Malacca and India in 1512 – 1515. Hakluyt Society, 2nd ser., vols. XXXIX and XL. London. II.
    3. Abdullah Zakaria Ghazali. (2018). Dinamika dan Romantika Ekonomi Melayu dalam Sejarah Malaysia Sebelum Tahun 1957. Prosiding Kongres Sejarah Malaysia III. 28 – 29 Ogos 2018. Kula Lumpur: Wisma Sejarah Malaysia.
    4. Adnan Haji Nawang. (1988). Perak: Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.
    5. Ahmad Jelani Halimi. (2006). Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka: Abad ke-15 hingga ke-18. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    6. Ahmad Jelani Halimi, Ishat Saat. (2010). Warisan Melayu Perak. Batu Pahat: Penerbit UTHM.
    7. Auni Haji Abdullah. (2001). Islam dan Perdagangan dalam Sejarah Alam Melayu. Kuala Lumpur: Darulfikir Sdn. Bhd.
    8. CO 1071/235. (1890) C. C. Smith to Lord Knutsford. Straits Settlements: Further Papers Relating to the Protected Malay States Reports.
    9. CO 1071/239. (1930). Federated Malay States. Report of the Chief Secretary to Government.
    10. CO 1071/240. (1935) Annual Report on the Social and Economic Progress of the People of the Federated Malay States.
    11. Fawzi M. A. Basri. (1986). Chempaka Sari Sejarah Kesultanan Negeri Perak. Ipoh: Yayasan Perak.
    12. F. A. Swettenham. (1885) “Journal Kept During A Journey Across the Malay Peninsula”. JSBRAS, 15 June. Singapore: Printed at the Government Printing Office.
    13. Frank Swettenham. (1984). Malay Sketches. Singapore: Graham Brash (PTE). LTD.
    14. H. W. C. Leech. (1879). “About Kinta”. Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society (JSBRAS). 4th December. Singapore.
    15. H. W. C. Leech. (1879). About Slim and Bernam. Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society (JSBRAS). No. 4. December. Singapore.
    16. J. M. Gullick. (1989). Malay Society in the Late Nineteenth Century: The Beginnings of Change. Singapore: Oxford University Press.
    17. Leonard Y. Andaya. (1975). The Kingdom of Johor: 1641-1728. Economic and Political Developments. East Asian Historical Monographs. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
    18. Luis Filipe Ferreira Reis Thomaz. (1989). Masyarakat Melaka Menjelang Penaklukan Portugis: Satu Interpretasi Tentatif Berdasarkan Dokumen Portugis Yang Masih A Hingga Kini. Dalam Ismail Hussein (peny) Tamadun Melayu. Jilid Satu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    19. Major Fred. McNair. (1878). Perak and the Malays: Sarong and Kris. London: Tinsley Brothers.
    20. Mohd Arof Ishak. (2009). Tamadun Alam Melayu (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
    21. Mohd Koharuddin Mohd Balwi. (2005). Budaya Perniagaan dan Perdagangan Melayu dalam Teks Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 15.
    22. Mohd Samsudin. (2017). Kegemilangan Hubungan Diplomatik Empayar Melaka. Dalam. Kegemilangan Maritim Kesultanan Melayu Melaka. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    23. Muhammad Yusoof Hashim. (1987). Masyarakat Melayu Perak Abad ke-18: Interpretasi Historis dari ‘Misa Melayu’. Dalam Kertas Kerja Koloqium Masyarakat Melayu Abad ke-18. (17 Oktober 1987). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    24. Muhd. Yusof bin Ibrahim. (1996). Kegiatan Ekonomi dan Perdagangan. Dalam Zainal Abidin Abdul Wahid. et. al. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    25. Othman Mohd. Yatim. (1994). Dinding: Jajahan Istimewa di Perak. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.
    26. O. W. Wolters. (1967). Early Indonesian Commerce: A Study of the Origins of Srivijaya.New York: Cornell University Press.
    27. Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791 – 1965. (2008). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.
    28. Raja Chulan. (1968). Misa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.
    29. R.O. Winstedt & R.J. Wilkinson. (1974). A History of Perak. Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
    30. R. O. Winstedt & R. J. Wilkinson. (1934). A History of Perak. JMBRAS Vol XII Part 1 June, Singapore: Printers Limited.
    31. Sivachandralingam Sundara Raja. (2005). Ekonomi Orang Melayu di Melaka, 1786-1914. Jurnal Sejarah. Jabatan Sejarah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Vol. 13 No. 13.
    32. Talib Samat. (2011). Memartabatkan Kepahlawanan Nakhoda Muhammad Taib. Ipoh: Yayasan Perak.
    33. W.G. Shellabear. (2016). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    34. William R. Roff. (1967). The Origins of Malay Nationalism. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.