Motivasi murid india terhadap pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
List of Authors
  • Puveneswari A/P Ganesan , Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

Keyword
  • motivasi, murid India, bahasa Melayu, bahasa kedua

Abstract
  • Motivasi merupakan salah satu elemen penting yang mendorong murid India untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti motivasi murid India sekolah vernakular Tamil dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian kuantitatif berbentuk kaedah tinjauan ini melibatkan seramai 50 orang murid India tahun 4, 5 dan 6 dari sebuah sekolah vernakular Tamil luar bandar di daerah Batu Pahat, Johor dipilih sebagai sampel kajian. Responden kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama dalam mengumpul data kajian yang mengandungi 13 item. Pengumpulan data dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel Windows 10 bagi memperoleh data deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa murid India mempunyai motivasi yang tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Hal ini membuktikan bahawa motivasi yang positif dapat meningkatkan tahap penguasaan murid India terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Justeru itu, guru bahasa Melayu harus menggunakan kepelbagaian teknik dan kaedah yang bersesuaian bagi memotivasikan murid India dalam menguasai kemahiran bahasa dengan lebih baik.

Reference
  • 1. Abdul Hamid Mahmood. (1990). Penguasaan Bahasa Melayu baku di kalangan pelajar. Jurnal Dewan Bahasa, 4: 242-252.

    2. Abdullah Musa. (2004). Sikap dan motivasi pelajar Dusun terhadap pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

    3. Asmah Hj. Omar. (1987). Bahasa Malaysia saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    4. Budiawan. (2008). Pengaruh sikap bahasa dan motivasi belajar bahasa terhadap prestasi pada mata pelajaran bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris. Tesis Sarjana, Universitas Indonesia Depok.

    5. Chee Hwa Ooi dan Vijaya Letchumi. (2016). Tahap Motivasi Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Universiti Putra Malaysia. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Vol.18 (December) 2016 : pp 115-130.

    6. Chew Fong Peng. (2016). Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 10-22.

    7. Ilangko Subramaniam, Noorulafiza AbdulMuthalib & Siti Nor Hamahida Zainal. (2014). Penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid peribumi di sekolah pedalaman Sarawak. Universiti Sains Malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 65-74.

    8. Jerie anak Peter Langan dan Zamri Mahamod. (2010). Sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 13-25.

    9. Jeyagobi Dhamodarem. (2011). Gaya pembelajaranbahasa Melayu dalam kalangan pelajar India. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

    10. Kamiliah Ayu Ab. Ghani. (2015). Strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    11. Khairul Nizam Mohamed Zuki. (2017). Penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid berbangsa Bajau. Inernational Journal of Humanities and Social Science Invention, 6 (10): 1-11.

    12. Magdeline anak Nor. (2014). Pengetahuan pedagogi kandungan guru Bahasa Iban sekolah menengah di negeri Sarawak. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    13. Mohd. Najib Abdul Ghaffar. (2005). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

    14. Mohamad Yazid Mohamad. (2016). Kekerapan penggunaan strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah jenis kebangsaan Cina. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    15. Nancy anak Ngumbang & Zamri Mahamod. (2017). Sikap, Minat Dan Motivasi Murid Melanau Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Universiti Kebangsaan Malaysia . Journal of Malay Language, Education and Literature. Jilid 8, 2017 / ISSN 1823-6812 (47-58).

    16. Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Zamri Mahamod & Kamarulzaman Ab. Ghani. (2008). Motivasi Pembelajaran Kemahiran Mendengar Bahasa Arab dan Hubungannya dengan Pencapaian Pelajar. Kemahiran Mendengar Bahasa Arab. Jurnal Pendidikan 33 (2008) 3 – 18.

    17. Nur Hayati Abdullah. (2002). Sikap dan motivasi dalam pembelajaran bahasa kedua. Dewan Bahasa. Mei.

    18. Roasharimah Ibrahim. (2017). Faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Melayu murid-murid Cina. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    19. Zaliza Mohamad Nasir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2014). Sikap dan Motivasi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia Social and Behavioral Sciences 134 (2014): 408- 415.

    20. Zamri Mahamod. (2016). Sosiolinguistik dan pengajaran bahasa. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.