Faktor pemilihan perumahan komuniti berpagar dan kepentingan rukun tetangga dalam pencegahan jenayah
List of Authors
  • Jalaluddin Abdul Malek , Nur Hidayah Abdul Manap , Zurinah Tahir

Keyword
  • Rukun tetangga, jenayah, keselamatan, perumahan komuniti berpagar dan berpengawal, keselesaan

Abstract
  • Faktor jenayah menyumbang kepada pemilihan masyarakat pada perumahan komuniti berpagar dan berpengawal adalah rentetan daripada kes-kes jenayah pecah rumah, rompakan serta kecurian yang semakin meningkat pada hari ini. Akibat daripada kesan penambahan kadar pertumbuhan penduduk pada masa kini mengundang kepada berlakunya urbanisasi di kawasan bandar. Pertambahan penduduk mampu menganggu kepada kemerosotan kualiti hidup masyarakat di kawasan bandar kerana peluang pekerjaan yang terhad kepada mereka. Oleh itu, kegiatan rompakan dan pecah rumah sering berlaku di kawasan perumahan di bandar. Dengan ini, kajian ini akan memfokuskan pemilihan masyarakat terhadap perumahan komuniti berpagar dan berpengawal disebabkan jenayah dan juga rukun tertangga atau sebab-sebab lain. Kajian ini dilakukan di kawasan Johor Bahru iaitu dengan memberikan instrumen soal selidik kepada responden yang terpilih yang mendiami kawasan perumahan komuniti berpagar dan berpengawal. Hasil kajian ini mendapati, pemilihan masyarakat terhadap perumahan komuniti berpagar dan berpengawal adalah untuk mendapatkan keselamatan serta rukun tetangga atau keadaan sosial kawasan perumahan yang memberikan keselesaan kepada mereka untuk mendiami kawasan perumahan komuniti berpagar dan berpengawal ini. Pembangunan perumahan komuniti berpagar ini memberikan sumbangan yang baik dari segi keselamatan, keselesaan kepada masyarakat. Selain itu, memudahkan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas kerana bantuan dan kerjasama daripada rukun tetangga kawasan perumahan komuniti berpagar dan berpengawal ini.

Reference
  • 1. Aldrin A, Nordin A. R., Mohd Najib M. S., Siti R. Md. S. 2012. Validating crime prevention through environmental design using structural equation model, in ASEAN Conference on Environment Behaviour Studies, Savoy Homann Bidakara Bandung Hotel Bandung, Indonesia, 15-17 june 2011
    2. Brantingham, P. L. & Brantingham, P .J. 1981. Mobility, notoriety and crime: a study in the crime patterns of urban nodal points. Journal of Environmental System, 11(1), 69-99
    3. Clarke, R.V. & Mayhew, P. 1980. Design out crime. london: HMSO
    4. Cozens, P. (2002), Sustainable urban development and crime prevention through environmental design for the british city. Towards an effective urban environmentalism for the 21st century, cities, 10(2), (pp.129-137).
    5. Grant, J.L. 2008. Challenging the public realm: gated communities in history.Working Paper. Dalhousie University
    6. Jeffrey, C. R. 1977. Crime prevention through environmental design, (2nd ed).: Beverly Hills, CA: Sage Publications.
    7. JPBD (Department of Town and Country Planning) (2006). National Urbanization Policy. Kuala Lumpur: JPBD.
    8. JPBD (Department of Town and Country Planning) (2010). National Urbanization Policy. Kuala Lumpur: JPBD.
    9. Lorenc.T, Clayton.S., Neary.D., Whitehead.M., Petticrew.M., Thomson.H., Cummins.S., Sowden.A., Renton.A. 2012. Crime, fear of crime, environment, and mental health an wellbeing: Mapping review of theories and causal pathways. Journal Health & Place 18, 757–765
    10. Rostami L.T.I & Ali M. 2006, Crime and the city: domestic burglary and the built environment inTehran. habitat international, 10, 932-944.
    11. Mohit, M.A. & Hannan, M.H.E. 2010. Crime potential in Taman Melati terrancehousing in Kuala Lumpur: issues and challenges, Asian Journal of environment-behaviour studies.
    12. Montgomery, Charles. 2013. Happy city: Transforming our lives through urban design. London Penguin Books Ltd.
    13. Newman, O. 1973. Defensible Space. London: Architectural Press.
    14. Olajide S. E. and Lizam M. 2016. Gated Communities and Property Fencing: A Response to Residential Neighbourhood Crime. British Journal of Education, Society & Behavioural Science 13(3): 1-9, 2016, Article no BJESBS.21796 ISSN: 2278-0998
    15. Rogers, G. O., & Sukolratanametee, S. 2009. Neighborhood design and sense of community: comparing suburban neighborhoods in Houstan Texas. Landscape and Urban Planning, 92, 325-334.
    16. Sagar, T. 2005, ‘Street watch: Concept and practice’, The British Journal of Criminology, 45, 98 112.
    17. Schneider, S. 2007. Refocusing crime prevention: Collective action and the quest for the Community, Toronto University Press.
    18. Said, N.S., Martin, D.J. 2013, The housing environment preference among housing consumers in Johor Bahru. 2nd International Conference on Technology Management, Business and Entrepreneurship. Melaka, Malaysia. 55-68
    19. Siti et, al..,2013, Fear of crime in residential areas. Fakulti Arkitek, Perancang dan Penilai.Universiti Technology Mara Perak, Malaysia.
    20. Siti Rasidah Md Sakip, Noraini Johari, Aldrin Abdullah, Mohd Najib Mohd Salleh. 2013. Assessing Sense of Community Dimension in Residential Areas in the Malaysian Context. Procedia - Social and Behavioral Sciences 10 . 655 – 663
    21. T. H. Bennett et, al.., 2008, effects of neighbourhood watch in reducing crime. European Crime prevention network.
    22. Uzzell, D., Pol, E., & Badenas, D. 2002. Place identification, social cohesion, and environmental sustainability. Environment and behavior, 34(1), 26-53.
    23. Uyterlinde, M., Van Arum, S., Engbersen, R., Lub, V. and Schaake, K. 2007. Kiezen voor de stad. Kwalitatief onderzoek naar de vestigingsmotieven van de allochtone middenklasse. Ministerie van VROM.
    24. Vasco Lub. 2017, Neighbourhood watch: mechanisms and moral implications, Advance Access Publication, 58, 906-924.
    25. Van der Land, M. 2014, The neighborhood watch. Towards a balance between instrumentalisation and autonomy of citizens in safety. Free University.
    26. World Bank, Latin America and Caribbean Region. 2008, Urban crime and violence in LAC: Status report on activities, International Bank for Reconstruction and Development / The World Bank
    27. Z. Shamsudin, E. Y. Ying, A.J. Omar 2016. The safety level satisfaction toward gated and guarded community in Malaysia. Universiti Utara Malaysia. EJ EconJournals.