Prestasi koperasi pekebun kecil sawit: perbandingan di antara model koperasi pekebun kecil FELDA, FELCRA dan KPSM
List of Authors
  • Abdullah Sanusi Othman , Ahmad Raflis Che Omar , Juliza Jaafar , Sarmila Md Sum , Suraiya Ishak

Keyword
  • Koperasi, prestasi, strategi perniagaan, pembezaan produk/perkhidmatan

Abstract
  • Kajian ini bertujuan menghurai dan menganalisis varians pencapaian item prestasi kewangan dan bukan-kewangan dalam model perniagaan koperasi pekebun kecil sawit (PKS) FELDA, FELCRA dan KPSM. Model perniagaan koperasi yang berbeza berpotensi mewujudkan variasi dalam prestasi. Kajian ini menggunakan teknik survei bagi mengumpul data daripada 234 buah koperasi sawit di Semenanjung Malaysia. Analisis statistik deskriptif, ANOVA-Satu Hala dan Analisis Post Hoc telah digunakan bagi menganalisis data. Hasil menunjukkan kebanyakan koperasi PKS cenderung menggunakan strategi pembezaan produk/perkhidmatandengan cara menawarkan perkhidmatan pusat pengumpulan buah sawit dan mengurus kerja ladang kepada ahli sebagai usahanya menjana pendapatan. Hasil ujian ANOVA mendapati koperasi KPSM berbeza min secara signifikan dengan model koperasi FELDA dalam item prestasi kewangan berkaitan “mencapai untung sasaran” dan “kekukuhan kedudukan tunai bagi menyelesaikan liabiliti jangka pendek”. Pada masa yang sama model FELDA dan FELCRA berbeza secara signifikan dalam pencapaian item prestasi kewangan berkaitan “bayaran dividen minimum kepada ahli-ahli”. Di samping itu, petunjuk prestasi bukan kewangan juga menunjukkan perbezaan min yang signifikan di antara koperasi KPSM dan FELDA pada item “bantuan pendidikan kepada anak-anak ahli”. Kajian ini menyumbang kepada ilmu dengan mengemukakan perbincangan prestasi merentasi model koperasi berbeza dalam konteks koperasi pekebun kecil sawit (PKS) di Malaysia. Implikasi praktikal kajian ialah pengurusan koperasi boleh mengoptimumkan kelebihan semulajadi entiti koperasi bagi memperkasa daya saing iaitu menerusi peluang kawalan ke atas seluruh rantaian nilai aktiviti sawit dan manfaat hubungan simbiotik dengan agensi induk. Daripada sudut ilmu, kajian ini telah menambah ilmu baharu dalam skop bidang Kelakuan Organisasi dan Pengurusan Strategik dengan mengemukakan dapatan mengenai prestasi koperasi PKS yang masih kurang dikaji.

Reference
  • 1. Ahmad Bello, D. 2005. The role of cooperative societies in economic development. Munich Personal RePec Archive (MPRA), Paper no. 23161, http://mpra.ub.uni-muenchen.de/23161/.
    2. Dorgi, O. & Gala, G. 2016. Assessment of factors affecting members’ participation in Fi-shery Cooperatives (The case of Gambella Region, Ethiopia). Journal of Business Management & Social Sciences Research, 5(12), 347-36.
    3. Esim, S. 2014. The cooperative key to sustainable development. https://www.ilo.org/global/about-the-ilo/newsroom/news/WCMS_303222/lang--en/index.htm. [12 Julai 2019]
    4. Kumar,V. , Wankhede, K.G. and Gena, H.C. 2015. Role of cooperatives in improving livelihood of farmers on sustainable basis. American Journal of Educational Research, 3(10), 1258-1266.
    5. Mahazril ‘Aini Y., Hafizah, H.A.K. and Zuraini, Y. 2012. Factors affecting cooperatives’ performance in relation to strategic planning and members; participation. Procedia- Social and Behavioral Science, 65(2012), 100-105.
    6. Mayo, E. 2018. Co-operatives making a difference through sustainable development. https://www.thenews.coop/129403/sector/banking-and-insurance/co-operatives-making-difference-sustainable-development/ [12 Julai 2019].
    7. Mazzarol, T., Limnios, E.M, dan Roboud, S. 2011. Co-operative enterprise: a unique business model? 25th Australian and New Zealand Academy of Management (ANZAM) Conference, 1-16.
    8. Mcbrrown, A., Er, A.C., Ferdous Alam, A.S.A. dan Begum, H. 2015. Oil palm smallholders and its sustianbility practices in Malaysia. Mediterranean Journal of Social Sciences, 6(6), 482-488.
    9. Nandakumar, M.K., Ghobadian, A., dan O’Regan, N. 2010. Business-level strategy and performance. The moderating effect of environemnt and structure. Management Decision. 48(6), 907-939.
    10. Ojiagu, N.C., Onugu, C. and Uchenna. 2015. Effects of membership of cooperative organizations and determinants on farmer-members’ income in rural Anambra State, Nigeria”, International Journal of Scientific & Technology Research. 4(08), 28-35.
    11. Ortmann, G.F. and King, R.P. 2007. Agricultural cooperatives 1: history, theory and problems. Agrekon, 46(1), 40-68.
    12. Reynolds, A. 2013. Defining the value of the cooperative business model: an introduction, pp. 1-6 www.chscenterforcooperativegrowth.com [28 Februari 2020].
    13. Rosearnida Senawi, Nazira Khabibor Rahman, Nurhanani Mansor dan Ainie Kuntom. 2019. Transformation of oil palm independent smallholders thorugh Malaysia Sustainable Palm Oil. Journal of Oil Palm Research, 1-12. Doi: https://doi.org/10.21894/jopr. 2019.0038.
    14. Rosniza Aznie C.R., Novel Lyndon, Yaakob M.J., Mohd Azlan, A., Syahiran, M.D., Junaidi Awang Besar, Lam, K.C., Mokhtar, J. dan Mazrin Rohizaq, C.R. 2018. Independent oil palm smallholders’s challenges in Malaysia. International Journal of Academic Research in Busienss & Social Sciences. 8(13), 67-75.
    15. Sarmila Md. Sum, Zaimah Ramli, Rusyda Ramli, Novel Lyndon, Rosniza Aznie Che Ros, Nur Hanai Mansor, Zaki Aman, Nazirah Jaafar, Khairul Anwar Isnin. 2017. Sumbangan koperasi terhadap pembangunan sosial komuniti pekebun kecil sawit. Geografia Malaysian Journal of Society and Space. 13(3), 19-28.
    16. Suraiya Ishak dan Ahmad Raflis. 2019. Perniagaan dan Etika Orang Tengah Industri Sawit Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.
    17. Suraiya Ishak, Ahmad Raflis Che Omar, Sarmila Md. Sum, Abdullah Sanusi Othman dan Juliza Jaafar. 2020. Smallholder agriculture cooperatives’performance: what is in the minds of management?. Journal of Co-Operative Organization and Management. 8(2): 1-9. https://doi.org/10.1016/j.jcom.2020.100110.
    18. Suraiya Ishak, Mohd Yusof Hussain, Ahmad Raflis Che Omar, Abd Hair Awang & Novel Lyndon. 2017a. Meneroka refleksi simpati rasional orang tengah dalam rantaian pengeluaran kelapa sawit pekebun kecil. Akademika. 87(2), 45-61.
    19. Suraiya Ishak, Ahmad Raflis, Mohd Yusof Hussain, Abd. Hair Awang, Novel Lyndon dan Abdullah Sanusi Othman. 2017b. Refleksi etika perniagaan orang tengah: penelitian ke atas konteks pemasaran hasil kelapa sawit bagi pekebun kecil. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship. 1(1), 160–168.
    20. Suraiya Ishak, Sarmila Md Sum, Ahmad Raflis Che Omar dan Abdullah Sanusi Othman. 2019. Menjejaki amalan model perniagaan koperasi pekebun kecil sawit di Malaysia. Geografia Malaysian Journal of Society and Space. 15(1), 67-83.
    21. Sushila Devi, R., Nurizah, N., Mohd. Shahron, A. S., Rafedah, J., & Farahaini, M.H. 2009. Factors influencing the performance of cooperatives in Malaysia: A tentative framework. Malaysian Journal of Co-operative Management, 5, 43-62.
    22. Sushila Devi, R., Nurizah, N., Mohd. Shahron, A. S., Rafedah, J., & Farahaini, M.H. 2010. Success factors of cooperatives in Malaysia: An exploratory investigation. Malaysian Journal of Co-operative Studies. 6, 1-24.
    23. Tapera, J. 2014. The improtance of strategic management to business organizations. Research Journal of Social Science & Management. 3(11), 122-131.
    24. Yuliahsyah, Y., Gurd, B. dan Mohamed, N. 2017. The significant of business strategy in improving organizational performance. Humanomics, 33(1), 56 – 74.
    25. Zaimah Ramli, Novel Lyndon, Sarmila Md. Sum dan Mohd Yusof Hussain. 2018. Tahap kepuasan pekebun kecil sawit terhadap amalan integrasi sawit. Geografia Malaysian Journal of Society and Space. 14(2), 97-107.
    26. Zaimah Ramli, Novel Lyndon, Sarmila Md. Sum dan Mohd Yusof Hussain. 2017. Keberkesanan integrasi sawit meningkatkan pendapatan pekebun kecil sawit: kajian kes di Johor, Malaysia. E-Bangi, Special Issue 2(2017), 152-163.