Tahap kepuasan kepenggunaan minyak sawit dalam kalangan pengguna domestik dan pelancong antarabangsa
List of Authors
  • Egna Francis Gitom , Er, Ah Choy , Noordeyana Tambi , Nur Fatin Aqila Mohd. Fadzilah , Nur Hasyaa Marzuki , Wafa Adila

Keyword
  • Kepenggunaan minyak sawit, kepuasan penggunaan, harga, kualiti, pendapatan

Abstract
  • Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kepuasan ke atas kepenggunaan minyak sawit dalam kalangan pengguna domestik dan pelancong antabangsa. Teknik persampelan bertujuan telah digunapakai dan temubual bersama 160 orang pengguna domestik dan 40 orang pelancong antarabangsa berdasarkan satu set soalselidik di Ranau, Sabah. Hasil kajian menunjukkan pengguna domestik menyokong produk minyak sawit tempatan berbanding pelancong antarabangsa yang lebih mengutamakan produk minyak tumbuhan lain seperti canola, minyak zaitun, minyak jagung, dan lain-lain dalam kehidupan seharian mereka. Kepuasan pengguna domestik adalah lebih memfokus kepada harga produk minyak sawit yang murah dan berpatutan. Manakala pengguna antarabangsa pula mendapati bahawa produk minyak sawit mempunyai harga yang mampu dimiliki, berkhasiat, berkualiti. Tambahan pula, faktor jenama, tidak mudah terbakar, kegunaan tradisi keluarga, dan sentiasa dalam berkeadaan baik. Namun demikian, faktor ketidaktentuan harga minyak stabil di pasaran menjadi penyebab utama bagi pengguna domestik merasa tidak puashati, berbanding dengan pengguna antarabangsa yang tidak puashati kerana kualiti minyak sawit. Dalam hal ini, langkah-langkah strategik bagi meningkatkan kepenggunaan minyak sawit wajar diperhalusi oleh pihak kerajaan untuk mengawal harga minyak sawit, di samping memperbanyakkan promosi dan kempen dalam usaha meningkatkan kesedaran serta pengetahuan kepada masyarakat, seterusnya memperbaiki kualiti produk secara berterusan.

Reference
  • 1. Aidil Suraya, A.K. (2008). Model kepuasan pelanggan bagi laman web e-runcit (Tesis Sarjana). Diakses daripada Universiti Teknologi Malaysia.
    2. Anderson, E.W., Fornell, C. & Lehmann, D.R. 1994. Customer satisfaction, market share and profitability: Findings from Sweden. Journal of Marketing, vol. 58, No. 3, pp. 53-66.
    3. Bernama. (2019). Timbalan menteri gesa rakyat guna minyak sawit demi bantu naikkan harga. diakses daripada http://www.atauatauwww.freemalaysiatoday.com.
    4. Chua, Y. P. (2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Edisi Kedua. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    5. Izzah Syazwany Mohd Nasir, Noraida Abdul Rani & Er Ah Choy. (2015). Faktor pemilihan minyak sawit dalam kalangan pengguna: Kajian empirikal di Putrajaya, Malaysia. Geografia-Malaysia Journal of Society and Space 11 Issue 8 (66-77).
    6. Kamaleswari, B. (2000). The Brand Equity Aproach to Marketing of Malaysian Palm Products (Tesis Sarjana). Diakses daripada Universiti Sains Malaysia.
    7. Kotler & Keller. (2009). Manajemen Pemasaran, Edisi 13, Jakarta: Erlangga.
    8. Lembaga Minyak Sawit Malaysia. (2019). Minyak sawit: Kempen Sayangi Minyak Sawit Malaysia. Diakses daripada https://www.mpob.gov.my
    9. Martin, S.L., Javalgi, R.G., Cavusgil, E. (2017). Marketing capabilities, positional advantage, and performance of born global firms: Contingent effect of ambidextrous innovation. International Business Review 26(3): 527-543.
    10. Muhammad Nur, R. (2015). Kesan perubahan permintaan minyak sawit di Malaysia terhadap perubahan harga minyak sayuran lain. Social Sciences Postgraduate Seminar (SSPIS) 2015.
    11. Nurmala, N. (2000). Building Competitive Advantage for Economic Performance: A Study of the Palm Plantation Company in West Kalimantan. International Journal of Economics and Financial Issues 8(5): 172-183.
    12. Peter, P. & Jerry, C. O. (2013). Consumer Behavior & Marketing Strategy, Ninth Edition. New York: McGraw Hill.
    13. Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO), (2020). Consumers demand more sustainable palm oil products with eco labels as part of the new normal. Retrieved from https://rspo.org/news-and-events/news/consumers-demand-more-sustainable-palm-oil-products-with-eco-labels-as-part-of-the-new-normal (18 Ogos 2020).
    14. Sinar Harian. (2019). Kualiti minyak sawit Malaysia rendah, itu hanya persepsi. Diakses daripada https://www.sinarharian.com.my/article/32545/BERITA/Nasional
    15. Verneau, F., La Barbera, F., Amato, M. and Sodano, V. (2019). Consumers’ concern towards palm oil consumption: An empirical study on attitudes and intention in Italy. British Food Journal, vol. 121 No. 9, pp. 1982-1997.
    16. Von, G. J. (2013). Market-based governance for sustainability in value chains: Conditions for successful standard setting in the palm oil sector. Journal of Cleaner Production 56(1): 39-53.
    17. Zeithaml, V.A. & Bitner, L.L. (1996). SERVQUAL: A multiple – item scale for measuring customer perceptions of service quality. Journal of Retailing 64(1): 12-36.