Analisis Literatur Bagi Inventori Tekanan Akademik
List of Authors
  • Hadijah Johari

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pemilihan instrumen yang sesuai merupakan salah satu cabang perbincangan metodologi penyelidikan dalam kalangan penyelidik di Malaysia. Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi memperoleh data bagi mencapai objektif kajian. Inventori Tekanan Akademik Lin dan Chen salah satu yang diapilikasikan dalam penyelidikan untuk mendapatkan maklumat, menilai maklumat dan menggunakannya dalam proses membuat keputusan berkaitan tekanan akademik. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif bagi menganalisis dapatan kajian yang merangkumi beberapa perkara iaitu  latar belakang, kesahan dan kebolehpercayaan, cara mentadbir dan interpertasi skor juga mengemukakan dua sample kajian. Justeru, masih terdapat banyak perkara yang perlu diberikan perhatian terhadap kajian berkaitan aplikasi instrumen dalam penyelidikan sesuai dengan keperluan semasa dan industri. Kesimpulannya, hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan bagi pengkaji akan datang bagi melakukan kajian lanjutan berkaitan pembangunan instrumen bagi memenuhi agenda perubahan dalam dunia penyelidikan kaunseling


Reference
  • No Data Recorded