Membina personaliti kanak-kanak dan remaja berdasarkan Hikayat Musang Berjanggut
List of Authors
  • Rahimah Hamdan

Keyword
  • Hikayat Musang Berjanggut, Personaliti, Kanak-Kanak dan Remaja Islam, Keperibadian Islam, Hasan al-Banna

Abstract
  • Kajian ini bertitik-tolak daripada perkembangan semasa yang mengangkat cerita folklor Barat sebagai bahan bacaan kanak-kanak remaja walau kandungannya nyata menyimpang daripada nilai Islam dan adab ketimuran. Pemaparan adegan berbau seksual dan berahi dalam cerita-cerita tersebut nyata memberi impak yang tidak baik kepada perbentukan personaliti kanak-kanak dan remaja. Apatah lagi kekaburan definisi sastera kanak-kanak dan remaja tambah merumitkan keadaan. Justeru, untuk mengatasi permasalahan ini, masyarakat perlu kembali kepada hasil tinggalan persuratan Melayu yang merupakan bukti keintelektualan bangsa seperti genre Kesusasteraan Hikayat. Kajian ini akan menggunakan salah satu teks dalam genre ini iaitu Hikayat Musang Berjanggut dengan objektif kajian untuk mengenalpasti watak dalam teks ini yang dapat membentuk personaliti kanak-kanak dan remaja serta menganalisis kemampuan watak tersebut dalam membentuk personaliti golongan yang disasarkan. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah analisis teks dengan Hikayat Musang Berjanggut berteraskan kepada kerangka keperibadian Islam menurut Hassan al-Banna dalam kitabnya Majmu‘ah al-Rasaīl li al-Imām al-Syāhid. Al-Banna menggariskan 9 ciri utama keperibadian Islam iaitu kuat akidah dan ibadah, akhlak yang tinggi, kekuatan jasmani, intelek dalam berfikir, berjuang melawan hawa nafsu, menjaga waktu, teratur dalam urusan, kemampuan berdikari dan bermanfaat kepada orang lain. Dapatan kajian mendapati watak Kamalul Arifin dan Dang Seri Arif Laksana menepati kerangka keperibadian Islam oleh Hasan al-Banna. Ini membawa kepada justifikasi kajian bahawa tepatlah Hikayat Musang Berjanggut dijadikan bahan bacaan terhadap kanak-kanak remaja bagi menggantikan cerita-cerita folklor Barat yang nyata tersasar untuk membentuk personaliti generasi muda ini. Rumusannya, karya yang selayaknya dijadikan bahan bacaan kanak-kanak dan remaja adalah yang diwariskan oleh intelektual bangsa seperti genre Kesusasteraan Hikayat. Genre ini yang tidak seharusnya dipinggir atau dilupakan kerana banyaknya panduan dan pengajaran yang ditinggalkan demi melahirkan generasi Islam berilmu, beradab dan berpersonaliti tinggi.

Reference
  • 1. Abdullah H. Musa Lubis. (Ed.). (1965). Hikayat Musang Berjanggut. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

    2. Abdul Hafiz Mat Tuah, Zakaria Stapa & Ahmad Munawar. (2012). Memperkasakan Jati Diri Melayu Muslim Menerusi Pendidikan Islam dan Pengajaran Akhlak. Jurnal Hadhari Special Edition, 23-35.

    3. Abdul Rahman Al-Ahmadi. (1966). Pengantar Sastera. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.

    4. Abdul Rashid Ahmad (2003), Kuliyyah Tafsir Surah Luqman Mendidik Anak Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.

    5. Abdul Rauf Dalip. (1985). Peranan Guru Agama dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    6. Al-Attas, S. M. (1980). The Concept of Education in Islam : A Framework for an Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur: ISTAC.

    7. Anuar Puteh. (2001). Perkembangan dan Pembentukan Remaja Menurut Perspektif Islam. Kajian Malaysia, 19 (2), 79-101.

    8. Anderson, N.A. (2012). Elementary Children's Literature: Infancy through Age 13. Boston: Pearson Education.

    9. Arba’ie Sujud & Nik Rafidah Nik Muhamad Effendi. (2011). Pembentukan Emosi Kanak-Kanak Melalui Bahan Bacaan Sastera. Jurnal Pengajian Melayu, 22, 66-89.

    10. Arba’ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi & Lily Salwani Razali. (2011). Fenomena Sosial dalam Cerita Rakyat Kanak-Kanak. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 2 (1), 138-151.

    11. Arba’ie Sujud, Nurul Azimah Abdull Sedik, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi & Intan Zahariah Gaisun. (2014). Ekspresi Emosi Melalui Bahan Bacaan Sastera Kanak-Kanak. Jurnal Melayu, 13, 72-84.

    12. Braginsky, V.I. (2004). The Heritage of Traditional Malay Literature: A Historical Survey of Genres, Writings and Literary Views. Leiden: KITLV Press.

    13. Faridah Samsudin. (2003). Masalah Penerbitan Buku Kanak-kanak. Kertas kerja Seminar Terbitan Sastera Kanak-kanak, 22 hingga 23 Oktober, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

    14. Farra Humairah & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2016). Pemikiran Kerohanian dalam Cerpen Kanak-Kanak Pilihan Mutakhir dan Kesan Positif kepada Kanak-Kanak. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 7, 35 - 51.

    15. Faziela Abu Bakar @ Che Din & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2016). Unsur Konflik dalam Novel Remaja Terpilih. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education, 6 (1), 52-63.

    16. Ghulam-Sarwar Yousof. (Ed.). (2004). Encyclopedia of Malaysia, Vol 8, Performing Arts. Singapura: Archipelago Press.

    17. Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    18. Hassan Langgulung. (1987). Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    19. Hunt, P. (Ed.). (1999). Understanding Children Literature. Routledge: London and New York.

    20. Izzah Abdul Aziz. (2000). Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja di Malaysia: Suatu Kenyataan atau Impian? Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja, 7 hingga 8 November, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

    21. Izzah Abdul Aziz & Sandra Pragas Waran. (2001). Buku Bergambar: Langkah Pertama ke Alam Fantasi dan Realiti. Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja 2001, 26 hingga 27 April, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

    22. Jelani Harun. (2015). Raja Haji Yahya in the History of 20th Century Malay Literature. Malay Literature, 28 (1), 32-67.

    23. Khairul Azhar Meerangani. (2017). Kaedah Pembentukan Karakter Anak-Anak Menurut Islam: Analisis Surah Luqman. Prosiding Seminar Antarabangsa Pembangunan Insan, Kolej Universiti Islam Melaka,

    https://www.researchgate.net/publication/322883559_KAEDAH_PEMBENTUKAN_KARAKTER_ANAK-ANAK_MENURUT_ISLAM_ANALISIS_SURAH_LUQMAN [Diakses pada Nov 19 2020].

    24. Khurshid Ahmad . (1978). Prinsip-prinsip Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

    25. Landsberg, M. (1987). Reading for the Love of It: Best Books for Young Readers. New York: Prentice-Hall.

    26. Maddi, S.R. (1994). Personality Theories: A Comparative Analysis. California: Cole Publishing Company.

    27. Mahzan Arshad. (2006). Kajian tentang Bahan Sastera Kanak-kanak di Malaysia. Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak, 28 November, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

    28. Misran Rokimin. (2001). Sastera Kanak-kanak dan Remaja sebagai agem Pembangunan. Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak, 26 hingga 27 April, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

    29. McClure, A.A, Garthwait, A. & Kristo.J.V. (2014). Teaching Children's Literature in an Era of Standards. Boston: Pearson.

    30. Mohammad Ghozali & Nor ‘Azzah Kamri. (2015). Keperibadian Islam dan Profesionalisme dalam Pekerjaan: Satu Analisis Teoritis. Jurnal Syariah, 23 (2), 255-286.

    31. Mohd. Sharif Mohd. Saad & Alimah Salam. (2001). Pengisian dan Pengukuhan Sastera Kanak-kanak dan Remaja pada Alaf Baru. Peranan dan Cabaran Perpustakaan. Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak, 26 hingga 27 April, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

    32. Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md. Radzi. (2015). Kesusasteraan Melayu Tradisional Sebagai Wadah Komunikasi Massa: Suatu Analisis. Jurnal Komunikasi . 31 (2), 183-194.

    33. Nijhar, M.S. (1984). Apakah Sastera Kanak-kanak-Khasnya Buku Bergambar. Dlm. Othman Puteh & Abdul Ahmad. (Eds.). Sekitar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    34. Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, Awang Azman Awang Pawi & Rahimah Hamdan. (2018). The Elements of Thinking in Archipelago’s Fables from the Perspective of Children in the 21st Century. Advanced Science Letters, 24 (7), 4767-4769.

    35. Othman Puteh. (2000). Sastera Kanak-kanak dan Remaja dalam Konteks Pendidikan Era Globalisasi. Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak, 7 hingga 8 November, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

    36. Rahimah Hamdan & Arba’ie Sujud. (2019). The Captive Character of Abdullah Munshi in the Hikayat Abdullah. International Journal of Scientific and Technology Research, 8 (8), 43-49.

    37. Rahimah Hamdan & Arba’ie Sujud. (2020). ‘Winning the Hearts of the Malays’: Perspective of the Author of Syair Tuan Hampris Towards the Colonialists. International Journal of Innovation, Creativity and Change, 14 (8), 663-680.

    38. Ray, S. (1996) ‘The World of Children’s Literature: An introduction’. Dlm. Hunt, P. (Ed.). International Companion Encyclopedia of Children’s Literature, London: Routledge.

    39. Reynolds, K. (2011). Children's Literature. Oxford: Oxford University Press.

    40. Salmah Ayob. (1981) Sastera Untuk Kanak-Kanak: Fungsi dan Implikasinya. The Asia Pacific Journal of Educators and Education, 3 (1), 1-10.

    41. Samsudin A. Rahim. (2001). Media dan Identiti Budaya: Membangunkan Industri Kandungan Tempatan yang Berdaya Tahan. Jurnal Komunikasi, 17, 67-80.

    42. Schultz, D. & Schultz, S.E. (2001). Theories of Personality. USA: Wadsworth, Thomson
Learning.

    43. Siti Zuhaidah Zakaria & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2014). Konflik dalam Cerita Rakyat dan Kesannya kepada Kanak-kanak. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 5, 185-205.

    44. Sulaiman Masri. (1984). Penulisan Bahan Bacaan Kanak-kanak. Dlm. Othman Puteh dan Abdul Ahmad. (Eds.). Sekitar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    45. Thacker, D.C. & Webb, J. (2002). Introducing Children's Literature: From Romanticism to Postmodernism. London: Routledge.

    46. Wan Mohd Nor Wan Daud. (1995). Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed Mohd Naquib Al Attas: Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    47. Winstedt, R.O. (1909). Musang Berjanggut. Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society, 52 (Mac), 121-172.

    48. Winstedt, R.O. (1920). The Indian Origin of Malay Folk-Tales. Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society, 82 (September), 119-126.

    49. Yusoff Zaky Yacob. (1979). Ilmu Jiwa. Kota Bharu: Syarikat Dian Sdn. Bhd.

    50. Zainudin Hashim, Fakhrul Adabi Abdul Kadir & Yusmini Md. Yusoff. (2015). Pendekatan Hasan al-Banna dalam Pembangunan Insan menerusi Majmu’at al-Rasail. Jurnal Hadhari, 7 (2), 49.