Kesan Penggunaan Gamifikasi Dalam Pendidikan Matematik: Tinjauan Literatur Bersistematik
List of Authors
  • Nor Atirah Ahmad, Siti Mistima Maat

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Penggunaan gamifikasi dalam pendidikan Matematik semakin popular pada masa kini. Pembelajaran yang menggunakan gamifikasi membantu pembelajaran menjadi lebih menarik dan seronok. Tinjauan literatur ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan gamifikasi dalam pendidikan Matematik dan elemen gamifikasi yang meningkatkan motivasi pelajar. Tinjauan ini melibatkan pencarian dua pangkalan data iaitu Scopus dan Web of Science (WoS). Bagi memastikan tinjauan ini dijalankan secara sistematik, garis panduan Preferred Reporting Items for Systematic Review and Meta-Analysis (PRISMA) digunakan semasa tinjauan literatur ini. Sebanyak 31 artikel berkaitan kesan gamifikasi dalam pendidikan Matematik telah dianalisis berdasarkan tujuan kajian ini. Dapatan tinjauan literatur mendapati gamifikasi memberi kesan yang positif kepada pelajar dari segi prestasi, motivasi, penglibatan, sikap terhadap gamifikasi, kerjasama dan kesedaran sosial. Elemen gamifikasi yang sering digunakan dapat meningkatkan motivasi pelajar ialah lencana atau ganjaran, carta markah dan skor. Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan penggunaan gamifikasi dalam pendidikan Matematik memberi impak yang positif dan bermanfaat kepada pelajar. Implikasi daripada tinjauan literatur ini dapat memberi panduan kepada para pendidik untuk menggunakan dan memilih gamifikasi yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.


Reference
  • No Data Recorded