Kesediaan penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar Universiti Tenaga Nasional: Satu tinjauan
List of Authors
  • Badrulzaman Abdul Hamid , Shaharina Mokhtar

Keyword
  • E-pembelajaran, kecekapan kendiri komputer, motivasi dan halangan

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap kesediaan penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Kajian ini melihat sejauhmanakah aspek kecekapan kendiri komputer (computer self-eficasy), motivasi dan halangan yang mempengaruhi kesediaan e-pembelajaran di kalangan pelajar. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Seramai 364 pelajar telah menjadi responden terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS versi 23 dan Smart PLS versi 3.0. Dapatan kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar UNITEN mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dalam penggunaan e-pembelajaran dengan min 3.77. Hasil kajian turut mendapati bahawa aspek kecekapan kendiri, motivasi dan halangan adalah faktor yang mempengaruhi kesediaan e-pembelajaran di kalangan pelajar Universiti Tenaga Nasional. Keputusan kajian ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pihak pengurusan universiti tentang tahap kesediaan dan penggunaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar UNITEN. Selain itu, kajian ini juga memberi maklumat kepada pihak Universiti tentang halangan dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam proses e-pembelajaran. Penulis berharap agar kajian ini dapat membantu pihak universiti untuk meningkatkan dan menambahbaik tahap penggunaan e-pembelajaran di UNITEN pada masa hadapan.

Reference
  • 1. Amin Embi, Zaidan Abd Wahab, Abd Halim, Hanafi Atan, Mahamod Ismail, Supyan Hussin, Norazah Nordin, Afendi Hamat, (2011), E-Learning in Malaysian Higher Education Institutions: Status, Trends, & Challenges. Department of Higher Education Ministry of Higher Education. Malaysia.

    2. Belcher J. Vr. and Vonderhaar K. J, (2005) Web-delivered Research-based Nursing Staff Education for Seeking Magnet Status, The Journal of Nursing Administration, JONA, 35(9): 382-6 Oct 2005.

    3. Bertea, P. (2009). Measuring students attitude towards e-learning A case study. Proceedings of the 5th standing conference on e-learning and software for development, Bucharest from 09-10 April 2009, Bucharist Romania 1-8.

    4. Hamzah B. Uno. (2011). Teori Motivasi dan Pengukurannya: Analisis di Bidang Pendidikan. Jakarta: Bumi aksara

    5. Johnson CE, Hurtubise LC, Castrop J, et. Al. (2004),.Learning management systems: technology to measure the medical knowledge competency of the ACGME. Med Educ.;38: 599–608.

    6. Jorge G. Ruiz, MD, Michael J. Mintzer, MD, and Rosanne M. Leipzig, MD, PhD (2006) ,The Impact of E-Learning in Medical Education, Academic Medicine, IT in Medical Education Vol. 81, No. 3 March.

    7. Karsten R, Mitra A, Schmidt D. (2012) Computer self-efficacy., Journal of Organizational and End User Computing 24:54-80; January 2012.

    8. Liaw, S.S and Huang, H.M. (2011). A study of investigating learners attitudes toward e-learning, 5th International Conference on Distance Learning and Education, IPCSIT Vol.12, IACSIT Press, Singapore.

    9. Muhammed Fauzi bin Othman, Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi, Durrishah Idrus, Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Shahril Bakri & Adenan Mat Junoh, (2004) Tahap Persediaan Pelajar dalam menggunakan Pembelajaran Elektronik atau e learning sebagai Alat Pembelajaran: Satu Kajian di UTM Skudai. Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, UTM. Vote no. 71981. Pembentangan kertas kerja di persidangan e-pembelajaran Kebangsaan USM, Pulau Pinang.

    10. Murphy, Coover, & Owen, (1989), Development and Validity of Computer Self –eficasy scale, Educational and Psychological measurement 49 (4), 893-899.

    11. Schilke, R.A. (2001). A case study of attrition in web-based instruction for adults: Updating Garland’s model of barriers to persistence in distance educational. (Doctoral dissertation, Northem Illinois University)