Memahami Kepemimpinan Teknologi Dalam Sektor Pendidikan
List of Authors
  • Hanita Ladjaharun, Khalip Musa

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kertas konsep ini bertujuan untuk menganalisis kajian-kajian terdahulu mengenai kepimpinan teknologi pengetua guru besar (PGB) sama ada di dalam dan di luar negara. Perkembangan pesat dalam penggunaan teknologi mempengaruhi keseluruhan kehidupan manusia. Seiring dengan itu, di peringkat sekolah PGB adalah pemimpin yang memainkan peranan penting sebagai pemangkin dalam membudayakan penggunaan teknologi dalam kalangan guru dan murid bagi memastikan keberkesanan dan pencapaian sekolah. Sehubungan itu, Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran telah diperkukuh melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2015. Melalui Pelan ini, termaktub dalam Anjakan 7, iaitu Memanfaatkan TMK bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia. Justeru itu, KPM telah memperkenalkan asas TMK iaitu sentiasa memastikan keupayaan infrastruktur TMK dipertingkatkan dari semasa ke semasa, memperkenalkan inovasi TMK serta mengekalkan penggunaan inovatif seluruh sistem. Seterusnya, globalisasi dan perkembangan pesat TMK semasa pasca Covid-19 menuntut perubahan dan membawa kepada pelancaran Dasar Pendidikan Digital Negara oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh itu, kepimpinan teknologi PGB semakin penting dalam memastikan intergrasi dan pembudayaan TMK terus berkembang seiring dengan keperluan semasa. Kecemerlangan amalan professional telah menjadikan PGB suri teladan yang baik kepada warga sekolah dalam dalam pembudayaan TMK. Analisis dokumen dijalankan menerusi pembacaan jurnal yang berkaitan topik ini. Oleh itu, diharapkan kertas konsep ini dapat digunakan sebagai rujukan dan menambah literatur yang berkaitan dengan kepimpinan teknologi PGB. Kesimpulannya, pemimpin sekolah perlu peka dan sentiasa berupaya menangani perubahan khususnya dari aspek penggunaan TMK dalam mengurus dan mencapai kecemerlangan sekolah


Reference
  • No Data Recorded