Persepsi Guru Prasekolah Terhadap Pembelajaran Berasaskan Projek Dan Aspek Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak
List of Authors
  • Rushda Mohd Riduan

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pembelajaran berasakan projek adalah pendekatan yang releven dengan kehendak pembelajaran abad ke-21 kerana melalui kaedah ini kanak-kanak berpeluang untuk menyiasat, meneroka persekitaran, berfikir dan mencari keputusan dalam menyelesaikan masalah. Tujuan kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membincangkan tentang persepsi guru prasekolah terhadap pembelajaran berasaskan projek dan aspek pemerolehan bahasa kanak-kanak. Kajian ini melibatkan dua pengelola pendidikan prasekolah iaitu KEMAS dan swasta. Sample responden melibatkan 100 orang guru prasekolah dari beberapa daerah di negeri Perak. Pemilihan sample soal selidik dilakukan secara rawak. Kajian ini dijalankan melalui kaedah tinjauan dengan mengedarkan soal selidik sebagai instrumen kajian.  Soal selidik ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Bahagian A adalah berkaitan dengan demografi responden manakala bahagian B pula berkaitan dengan persepsi guru prasekolah terhadap penggunaan pendekatan projek. Bahagian C berkaitan dengan tahap pemerolehan bahasa kanak-kanak prasekolah dan bahagian D berkaitan isu dan kekangan dalam melaksanakan pendekatan projek dalam kalangan guru prasekolah. Nilai kebolehpercayaan bagi soal selidik berada di antara 0.968 hingga 0.987. Kebolehpercayaan instrumen diukur menggunakan alfa Cronbach menunjukkan kebolehpercayaan yang sangat tinggi di mana julat kebolehpercayaan penggunaan pendekatan projek = 0.977, pemerolehan bahasa kanak-kanak = 0.987 serta isu dan kekangan dalam melaksanakan pendekatan projek = 0.968. Data dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif deskriptif dan inferensi menggunakan peratus, min, sishan piawai dan kekerapan dan ujian statistik Skewness dan Kurtosis. Hasil daripada dapatan kajian menyatakan bahawa tahap persepsi guru prasekolah terhadap pembelajaran berasaskan projek secara keseluruhannya berada di tahap yang sederhana dengan skor (min = 3.55, SP = 1.180). Manakala untuk tahap pemerolehan bahasa kanak-kanak pula menunjukkan bahawa skor keseluruhan berada di tahap sederhana dengan skor (min = 3.64, SP = 1.18). Untuk isu dan kekangan dalam melaksanakan pendekatan projek pula menunjukkan bahawa skor keseluruhan berada pada tahap sederhana dengan skor (min = 3.19, SP = 1.024). Hasil daripada kajian mendapati bahawa pengetahuan sedia ada guru terhadap pendekatan pembelajaran berasaskan projek perlu ditambah baik dengan menghadiri kursus yang berkaitan bagi meningkatkan amalan pengajaran serta menambah baik mutu pelaksanaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Reference
  • No Data Recorded