Kekerapan penggunaan strategi kemahiran menulis bahasa Melayu dalam kalangan murid cemerlang Cina dan Iban
List of Authors
  • Hung Siew Siew , Zamri Mahamod

Keyword
  • Murid cemerlang, sekolah rendah jenis kebangsaan, strategi kemahiran menulis, bahasa Melayu, Teori Kognitif Jean Piaget

Abstract
  • Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengkaji kekerapan penggunaan strategi kemahiran menulis di empat buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Kajian ini memfokuskan kepada kemahiran menulis terhadap murid cemerlang Cina dan Iban Tahap Dua SJK di kawasan luar bandar di daerah Subis, Sarawak. Seramai 113 murid cemerlang Cina dan Iban Tahap Dua yang dipilih menggunakan kaedah persampelan menjadi responden kajian. Kajian ini dijalankan berdasarkan Teori Kognitif Jean Piaget (1896). Instrumen soal selidik yang mengandungi 16 item dan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu strategi menulis di dalam kelas dan juga strategi menulis di luar kelas telah diukur berdasarkan tiga skala Likert. Data deskriptif yang melibatkan frekuensi, min, sisihan piawai dan peratusan telah dianalisis melalui perisian SPSS 22.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid cemerlang Cina dan Iban kerap menggunakan strategi mencatat apa-apa yang diajar oleh guru Bahasa Melayu di dalam kelas manakala di luar kelas pula, murid cemerlang Cina dan Iban kerap menggunakan strategi membuat latihan menulis di rumah. Kesimpulannya, setiap murid cemerlang perlu mengenal pasti strategi yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran tersendiri supaya proses pembelajaran berkesan. Dapatan kajian dapat dijadikan rujukan kepada guru-guru Bahasa Melayu untuk merancang aktiviti menulis yang efektif berdasarkan kepelbagaian strategi menulis dalam kalangan murid bukan penutuf natif bahasa Melayu.

Reference
  • 1. Ahmad Zaki Amiruddin, Kamarulzaman Abdul Ghani, Ahmed Thalal Hassan, Nor Abdul Rahman, & Qaziah Fatihah Berhanuddin. (2015). Aplikasi E-Pembelajaran untuk Proses Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa: Fungsi dan Kelebihan. http://docplayer.net/39730710-Aplikasi-e-pembelajaran-untuk-proses-pembelajaran-dan -pengajaran-bahasa-fungsi-dan-kelebihan.html (Diakses pada 2 Jun 2020).

    2. Ain Julia Mohamad Jazuli, Farah Farzana Mohammad Din & Melor Md Yunus. (2019). Using pictures in vocabulary teaching for low proficiency primary pupils via PI-VOC. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 9 (1), 311-319.

    3. Anthony Aloysius Akup, & Yahya Othman. (2017). Keberkesanan peta pemikiran dalam meningkatkan kemahiran menulis esei bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan 6. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (1), 44-55.

    4. Babbie, E.R. (2001). The Practice of Social Research. 9th Edition. Virginia: Thompson Learning.

    5. Chamot, A.U. (1987). The Learning Strategies of ESL Students. Prentice Hall: Englewood Cliffs.

    6. Creswell, J. (2005). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. 2nd Edition. New Jersey: Pearson Educational.

    7. Djohan Abdul Rahman, Siti Hazlilah Jumali, Khairunisak Hussain, & Muhammad Hafiz Md Said. (2015). Permainan Bahasa sebagai Satu Pendekatan Alternatif dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. http://www.academia.edu/9211308/PERMAINAN_BAHASA_SEBAGAI_SATU_PENDEKATAN_ALTERNATIF_DALAM_PEMBELAJARAN_BAHASA_MELAYU (Diakses pada 2 Jun 2020).

    8. Efendi. (2016). Konsep Pemikiran Edward L. Thorndike Behavioristik. Indonesia: Guepedia.

    9. Ellis, R. (1994). The Study of Second Language Acquisition. Oxford: Oxford University Press.

    10. Hazlina Abdul Halim, Ang, Lay Hoon, & Koh, Su Fan. (2017). Kesilapan struktur ayat bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar penutur natif. Jurnal Kesidang, 2, 203-223.

    11. Kartini Abdul Mutalib, Ahamad Shabudin Yahaya, Rosli Sahat, & Badrul Hisham Alang Osman. (2012). Menguasai Penyelidikan Tindakan: Untuk PISMP dan DPLI. Perak: Percetakan Lee Sdn. Bhd.

    12. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

    13. Lai, Choy. (2012). Perkamusan Melayu-Cina (1403-1972): Perkembangan Sejarah dan Struktur Kamus. Selangor: United Publishing House (M) Sdn. Bhd.

    14. Mohamad Yazid Mohamad. (2017). Kekerapan penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid cemerlang etnik Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (1), 85-92.

    15. Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi Ke-7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    16. Muhammad Faizal A. Ghani, & Julie Williams. (2014). Harapan Murid Bermasalah terhadap Pengajaran Guru: Satu Kajian Awal di sebuah Negara Maju. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2 (1), 26-43.

    17. Noor Habsah Ali & Yahya Othman. (2018). Strategi pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar Melanau Daerah Daro. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8 (1), 33-41.

    18. Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli, & Siti Saniah Abu Bakar. (2016). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan Pelajar di Jerman. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4 (2), 10-19.

    19. Nur Syafina Mohd Sabri. (2016). Strategi pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar Prasiswazah Pengajian Bahasa Melayu di Prince of Songkhla University, Thailand. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    20. Oxford, R.L. (1990). Language Learning Strategies: What Every Teacher Should Know. New York: Newbury House.

    21. Roasharimah Ibrahim. (2017). Faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu murid-murid Cina. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    22. Sekaran, U. (1992). Research Methods for Business: A Skill-building Approach. 2nd Edition. New York: John Wiley & Sons.Inc.

    23. Suppiah Nachiappan. (2017). Bahasa Malaysia dalam KSSR: Peningkatan Kognisi dalam Lisan, Bacaan dan Penaakulan. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    24. Tuan Azlyna Tuan Soh. (2013). Kesediaan guru-guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    25. Yong, Chyn Chye, Siti Saniah Abu Bakar, Chan, Tze Haw, & Vijayalecthumy Subramaniam. (2010). Strategi Pelajar Antarabangsa Belajar Bahasa Melayu di Instutusi Pengajian Tinggi. Proceeding of The 4th International Conference on Teacher Education, 366-378.

    26. Zaliza Mohamad Nasir. (2017). Kesalahan Tatabahasa Melayu Dalam Penulisan Karangan Pelajar. LSP International Journal, 4 (1), 23-35.

    27. Zamri Mahamod, Jamaludin Badusah, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi, & Sharala Subramaniam. (2014). Penggunaan dan kekerapan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4 (2), 25-35.

    28. Zamri Mahamod. (2004). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Melayu Sekolah Menengah. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    29. Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Edisi Ketiga. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    30. Zamri Mahamod. (2015). Strategi Pembelajaran: Inventori Belajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    31. Zamri Mahamod. (2020). Psikolinguistik dan Pengajaran Bahasa. Cetakan Keempat. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.