Standard 4 (PdPC) SKPMg2 ialah instrumen menilai pengajaran guru bagi membuat rancangan dan melakukan aktiviti pengajaran di bilik darjah. Pada penghujung tahun 2019, bermulanya penularan wabak virus COVID-19. Penyakit ini telah menjejaskan bidang ekonomi, sosial dan politik negara termasuk pendidikan. Guru-guru yang memainkan peranan penting dalam kemenjadian murid perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu. Kertas konsep ini menjurus kepada penerokaan terhadap cabaran guru sekolah rendah pedalaman dalam menggunakan Standard 4 (PdPC) SKPMg2 untuk menilai PdPR. Analisis kritikal terhadap kajian-kajian lepas dijalankan secara komprehensif bagi mengenalpasti isu dan permasalahan secara lebih mendalam agar cadangan yang dikemukakan mampu untuk menambahbaik kualiti Pendidikan di Malaysia umumnya dan meningkatkan kualiti pengajaran guru khususnya.