Permakanan kanak-kanak adalah satu topik yang sering menjadi perhatian di masa kini. Bermula dengan penyediaan menu, persiapan makanan dan penerimaan kanak-kanak terhadap makanan tersebut. Topik ini sangat berkait rapat dengan tahap kefahaman pendidik dalam menyediakan makanan untuk kanak-kanak di sekolah. Artikel ini menerangkan program pemakanan iaitu jom sihat di peringkat pra sekolah swasta di negeri Selangor. Objektif Jom sihat adalah melihat kefahaman dan pengetahuan guru pra sekolah terhadap amalan pemakanan sihat dan seimbang dikalangan kanak-kanak pra sekolah. Sehubung dengan itu, kajian ini bertujuan membincangkan amalan pemakanan yang betul. Kajian kualitatif di jalankan melibatkan kajian kes yang melibatkan temubual dan pemerhatian terhadap lima guru pra sekolah daerah Selangor. Data di analisis menggunakan perisian Nvivo 12 Plus dan dapatan kajian di laporkan terhadap tema-tema yang di bina berdasarkan persoalan kajian. Hasil daripada penganalisa yang di buat dapat di perlihatkan bahawa perlaksanaan program jom sihat sangat sesuai di perkenalkan dan di terapkan di peringkat pra sekolah. Ini juga dapat di lihat terhadap persepsi guru dan kanak-kanak dalam perlaksanaan program jom sihat dalam meneroka tahap pengetahuan pendidik, sokongan yang di beri dan tingkah laku kanak-kanak terhadap program ini.