Kecerdasan Buatan (AI) dalam Cabaran Pentaksiran Prestasi Akademik Pelajar pada Abad Ke-21
List of Authors
  • Nurul Haida A Bakar, Zamri Mahamod

Keyword
  • Kecerdasan Buatan, Pentaksiran Prestasi Akademik, Abad Ke-21

Abstract
  • Artikel ini membincangkan peranan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam menangani cabaran pentaksiran prestasi akademik pelajar pada abad ke-21, terutamanya dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu di sekolah antarabangsa. Penggunaan AI dilihat sebagai satu pendekatan baharu dalam memperkasakan pembelajaran pelajar melalui pembelajaran personalisasi, maklum balas automatik, aplikasi pembelajaran interaktif serta alat bantuan terjemahan dan komunikasi. Walau bagaimanapun, pelaksanaan AI turut berdepan dengan pelbagai cabaran seperti isu integriti akademik, keselamatan data pelajar, kekangan kemahiran dalam kalangan pendidik, ketidaksamarataan akses teknologi, serta bias dalam algoritma penilaian. Kajian ini turut menyoroti keperluan penyelidikan interdisiplin yang lebih menyeluruh bagi memastikan AI dapat digunakan secara efektif dan beretika dalam sistem pendidikan Malaysia. Pendekatan strategik yang holistik disarankan agar teknologi AI dapat memberi impak positif yang mampan kepada pelajar, pendidik dan sistem pendidikan secara keseluruhan.

Reference
  • No Data Recorded