Pelaksanaan hukuman sebat syariah dalam konteks perundangan dan pelaksanaannya oleh Jabatan Penjara Malaysia
List of Authors
  • Farrah Waheeda Azan , Haniyatul Husna Md. Mohtar

Keyword
  • sebat, syariah, hukuman

Abstract
  • Hukuman sebat merupakan salah satu jenis hukuman yang disyariatkan oleh Islam atas beberapa kesalahan tertentu. Malah hukuman tersebut pernah dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat pada zaman pemerintahan Islam yang terdahulu. Walaupun dalam beberapa hal dan keadaan perlaksanaannya berbeza, namun ia merupakan hukuman yang mempunyai ciri-ciri dan kaedah pelaksanaan yang khusus bagi setiap zaman dan semua tempat serta keadaan. Peruntukan hukuman sebat ini boleh dilihat secara jelas pada kesalahan tertentu daripada kesalahan hudud, iaitu zina, menuduh zina (qazaf) dan kesalahan minum arak. Antara objektif kajian ini adalah untuk meneliti pelaksanaan hukuman sebat Syariah dalam konteks perundangan dan pelaksanaannya oleh Jabatan Penjara Malaysia. Sebagai kesimpulan, kajian ini dijalankan khusus bagi meneliti dari sudut praktikal akan realiti perlaksanaan hukuman sebat Syariah serta bidang kuasa Jabatan Penjara Malaysia dalam melaksanakannya, berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada seperti yang tedapat di dalam Perlembagaan Persekutuan dan akta/enakmen Syariah mengikut setiap Negeri.

Reference
  • 1. Abdul Qadir ‘Oudah Shaheed. 1990. Criminal Law of Islam. Ed. ke-1. New Delhi: International Islamic Publishers.

    2. Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

    3. Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

    4. Akta Penjara 1995.

    5. Ashraf Md Hashim. 2000. Kaedah pelaksanaan hukuman sebat di dalam Islam. Jurnal Syariah 8 (2): 1-14.

    6. Enakmen Acara Jenayah Syariah (Negeri Kelantan) 1983.

    7. Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Kelantan) 1985.

    8. Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

    9. Enakmen Prosedur Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

    10. Hashim bin Mehat. 1990. Malaysian Law and Islamic Law on Sentencing. Kuala Lumpur: International Law Book Service.

    11. Henry Gurney School Regulations 1949.

    12. Kanun Acara Jenayah (Akta 593).

    13. M. Shokry El-Dakkak. 1994. Repentance as a Defense: A Comparative Study under Islamic Law, Common Law and Continental Law. Kuala Lumpur: A. S. Nordeen.

    14. Mohamed S. El-Awa. 1998. Punishment in Islamic Law: A Comparative Study. Indianapolis: American Trust Publications.

    15. Muhammad Iqbal Siddiqi. 1994. The Penal Law of Islam. Ed. ke-1. New Delhi: International Islamic Publisher.

    16. Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

    17. Prof. Madya Paizah Hj. Ismail. 1993. Kaedah dan pelaksanaan hukuman sebat: Satu penilaian. Jurnal Syariah 1 (1): 56-63.

    18. Siti Zubaidah Ismail. 2004. Pengalaman negeri Kelantan dalam melaksanakan hukuman sebat rotan terhadap kesalahan jenayah Syariah. Jurnal Syariah 12 (1): 101-110.

    19. Tuan Haji Zainul Rijal. 2009. Pelaksanaan hukuman sebat dalam kes jenayah Syariah: Cabaran dan halangan. Seminar Hukuman Sebat Syariah, hlm 12-27.

    20. Yang Amat Arif Dato’ Haji Daud bin Muhammad. 2009. Hukuman sebat dalam kes jenayah Syariah: Realiti Pelaksanaan. Seminar Hukuman Sebat Syariah, hlm 1-11.

    21. Yulpisman Asli, Siti Mariam Md. Zain. 2010. Kartika Sari tidak jadi disebat. Utusan Malaysia, 2 April: 4.