Analisis Kesilapan Newman Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Berayat
List of Authors
  • Ying Qi Yoong

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pada masa kini, tahap pendidikan seperti literasi saintifik dan literasi Matematik di Malaysia masih kurang memuaskan seperti yang ditunjukkan dalam keputusan PISA 2018. Kebanyakan murid kurang suka akan mata pelajaran Matematik disebabkan penyelesaian masalah berayat merupakan satu kemahiran yang susah dikuasai oleh murid-murid. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian sistematik supaya mendapatkan maklumat-maklumat yang lebih mendalam berkaitan dengan Model Analisis Kesilapan Newman serta mengenal pasti kesilapan dan punca kesilapan murid di sekolah rendah. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa kebanyakan murid melakukan kesilapan dalam peringkat pemahaman dan peringkat transformasi. Selain itu, punca-punca kesilapan seperti konsep asas murid kurang kukuh, tahap pemikiran murid masih lemah serta kurang memahami kehendak soalan dalam proses penyelesaian masalah Matematik berayat. Selain itu, ia juga mendapati bahawa pengkaji tempatan kurang pendedahan atau mengaplikasikan model-model analisis kesilapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru. Jadi, diharapkan bahawa guru-guru dapat mengaplikasikan model-model analisis kesilapan Newman ini dalam proses penyelesaian masalah Matematik berayat pada masa depan supaya dapat mengenal pasti jenis kesilapan dan punca yang dilakukan oleh murid-murid.


Reference
  • No Data Recorded