Peranan Pihak Berkuasa Tempatan dalam Membina Masyarakat Sejahtera Seiring dengan Pembangunan Bandar Pintar, Perlis 2030
List of Authors
Affendi Rajini Kanth, Norhudi'in Danu
Keyword
Masyarakat Sejahtera, Bandar Pintar, MPK
Abstract
Kertas kerja ini bertujuan untuk memberitahu umum khususnya rakyat negeri Perlis mengenai peranan Majlis Perbandaran Kangar (MPK), selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tunggal di Perlis. Sebagai PBT, peranan dan tanggungjawab MPK amatlah besar melalui penawaran perkhidmatan efisyen kepada seluruh masyarakat tempatan agar mencapai satu tahap kehidupan yang selesa dan sejahtera. Ini adalah kajian kualitatif yang berteraskan kepada sumber utama yang dirujuk melalui laporan, pekeliling, buku dan makalah terbitan MPK sendiri dan juga kerajaan negeri. Dapatan kajian memaparkan bahawa pengiktirafan kepada Perlis sebagai "Bandar Pintar" pada tahun 2030 adalah sesuatu yang boleh digapai dan akan dinikmati secara bersama di seluruh negeri melalui perancangan, pelaksanaan dan penguatkuasaan berdaya guna hasil kerjasama pihak kerajaan dan seluruh masyarakat.