Hubungan Antara Tahap Kebolehan Pengajaran Dengan Pengalaman Mengajar Guru Bahasa Melayu Dalam Mengaplikasikan Pedagogi Responsif Budaya
List of Authors
  • Nurfaradilla Mohamad Nasri

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara tahap kebolehan pengajaran dengan pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu terhadap pengaplikasian pedagogi responsif budaya. Seramai 84 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di 24 buah sekolah rendah di negeri Selangor telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Analisis deksriptif digunakan untuk memperoleh peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai bagi tahap kebolehan pengajaran dan juga pengalaman mengajar guru. Hasil daripada analisis deskriptif menunjukkan bahawa majoriti guru mempunyai pengalaman mengajar di antara 11 hingga 15 tahun. Dapatan kajian juga menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu mempunyai tahap kebolehan pengajaran yang tinggi untuk mengaplikasikan pedagogi responsif budaya. Analisis inferensi pekali korelasi Pearson menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kebolehan pengajaran dengan pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu bagi mengaplikasikan pedagogi responsif budaya. Ini bermakna pengalaman mengajar guru tidak mempengaruhi pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah. Namun begitu, kursus-kursus yang berkaitan dengan pendekatan pengajaran haruslah dilaksanakan bagi memperkukuh kefahaman guru-guru terhadap pendekatan pengajaran terkini.


Reference
  • No Data Recorded