ABSTRAK
Kepimpinan teknologi merupakan satu acuan yang boleh digunakan pemimpin sekolah bagi memperkembangkan potensi warga pendidik dalam mempertingkatkan efikasi kendiri untuk menguasai teknologI maklumat dan komunikasi (ICT) supaya bersedia serta berupaya menghadapi perubahan sistem pendidikan ke arah penggunaan teknologi digital. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan teknologi pengetua dan hubungannya dengan efikasi kendiri guru sekolah menengah harian di daerah Muar, Johor. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran borang soal selidik secara dalam talian. Responden kajian terdiri daripada 323 orang guru yang bertugas di sekolah menengah harian daerah Muar. Analisis deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS telah digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan teknologi pengetua menurut persepsi guru berada pada tahap tinggi (min=4.00, sp=0.30) dan tahap efikasi kendiri juga berada pada tahap tinggi (min=4.12, sp=0.27). Analisis melalui ujian Korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan tetapi lemah di antara amalan kepimpinan teknologi pengetua dengan efikasi kendiri guru (r=0.235, p<0.01). Implikasinya, pihak berkepentingan seperti KPM, JPN dan PPD boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk merancang, merangka dan melaksanakan program atau kursus untuk meningkatkan kualiti kepimpinan teknologi pemimpin sekolah dan efikasi kendiri guru. Dapatan kajian ini juga boleh juga memberi kesan kepada perubahan pendekatan latihan berfokuskan kepada elemen yang terkandung dalam kepimpinan teknologi yang secara tidak langsung akan memberi impak kepada kualiti sekolah dan kemenjadian murid melalui pembangunan kualiti profesional pemimpin sekolah. Kesimpulannya,iperanan pengetua sebagai pemimpin sekolahitelah berubah kepada pemimpin teknologi selari dengan pengintegrasian ICT yang diaplikasikan dalam pendidikan masa kini. Justeru, pengetua perlu peka dan berupaya untuk menguasai amalan kepimpinan teknologiidengan lebih berkesan.
Kata kunci: kepimpinan, kepimpinan teknologi pengetua, efikasi kendiri guru, sekolah menengah harian
ABSTRACT
Technology leadership is a model that can be used by school leaders to develop the potential of educators in improving their self-efficacy to master information and communication technology (ICT) so that they are able to face changes in the education system towards the digital technology. This study is aimed to identify the level of principal's technology leadership practice and its relationship with the self-efficacy of secondary school teachers in Muar district, Johor. This study is in the form of a survey using a quantitative approach by distributing of questionnaires online. The respondents of the study consisted of 323 teachers of secondary schools in the Muar district. Descriptive and inferential analysis using SPSS software was used to answer the research questions. The findings of the study show that the level of the principal's technology leadership practice according to the teacher's perception is at a high level (mean=4.00, sd=0.30) and the level of self-efficacy is also at a high level (mean=4.12, sd=0.27). Analysis through the Pearson Correlation test shows that there is a significant but weak positive relationship between the principal's technology leadership practices and the teacher's self-efficacy (r=0.235, p<0.01). Stakeholders such as KPM, JPN and PPD can use the findings of this study to plan, design and implement programs or courses to improve the quality of principals’ technology leadership and teachers' self-efficacy. These findings can also change the training approach focusing on the elements contained in technological leadership which will indirectly impact the quality of the school and the development of students through the development of the professional quality of school leaders. In conclusion, the principal's role as a school leader has changed to a technology leader in line with the integration of ICT applied in education today. Therefore, principals need to be able to master technology leadership practices more effectively.
Keywords: leadership, principal technology leadership, teacher self-efficacy, daily high school