Hubungan Antara Penghargaan Guru Dengan Kebahagiaan Dalam Kalangan Kanak-kanak Di Sekolah Rendah
List of Authors
  • Izyan Hanis Kamaludin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Penghargaan guru di dalam kelas memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan emosi dan kebahagiaan kanak-kanak di sekolah. Fasa kanak-kanak adalah tempoh penting bagi mereka untuk membina keyakinan diri dan akhirnya menjadi individu yang bahagia. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kebahagiaan kanak-kanak dan persepsi kanak-kanak terhadap penghargaan guru. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara penghargaan guru dan kebahagiaan kanak-kanak di sekolah rendah. Pengumpulan data dijalankan menggunakan borang soal selidik yang ditadbirkan kepada 150 pelajar sekolah rendah Tahun 5 dari 3 sekolah di Daerah Gombak yang dipilih dengan menggunakan persampelan rawak mudah. Soal selidik dalam bentuk skala Likert digunakan untuk mengukur Kebahagiaan Kanak-kanak di Sekolah dan persepsi mereka terhadap penghargaan guru. Hasil kajian menunjukkan tahap kebahagiaan kanak-kanak adalah di tahap sederhana (M=3.09, SD=0.362). Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penghargaan guru dan kebahagiaan anak-anak di sekolah rendah (r=0.47, p <0.05). Oleh itu, peranan guru adalah penting dalam menyediakan persekitaran yang baik bagi kanak-kanak. Adalah dicadangkan guru memberikan penghargaan dan perhatian kepada kanak-kanak untuk meningkatkan tahap kebahagiaan mereka di sekolah.


Reference
  • No Data Recorded