Hubungan antara tahap kompetensi, kesediaan dan sikap guru dalam menggunakan kemahiran berfikir enam topi pemikiran dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
List of Authors
  • Dominic Henry , Zamri Mahamod

Keyword
  • kompetensi, kesediaan, sikap, pengalaman mengajar, lokasi sekolah, enam topi pemikiran

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara tahap kompetensi, kesediaan dan sikap guru dengan faktor pengalaman mengajar dan lokasi sekolah dalam menggunakan kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Kapit, Sarawak. Kajian yang dijalankan berbentuk tinjauan berbentuk inferensi yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian terdiri daripada 104 orang guru Bahasa Melayu di 45 buah sekolah rendah di daerah Kapit, Sarawak. Sampel kajian dipilih dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data analisis kajian dianalisis menggunakan pakej perisian statistik The Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0. Statistik korelasi Pearson telah digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kompetensi dan kesediaan guru dalam menggunakan kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran dengan faktor pengalaman mengajar tetapi mempunyai hubungan yang tidak signifikan antara sikap guru dengan faktor pengalaman mengajar. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan hubungan yang signifikan antara kompetensi dan sikap dengan faktor lokasi sekolah tetapi mempunyai hubungan yang tidak signifikan antara kesediaan guru dengan lokasi sekolah menggunakan kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Implikasi kajian ialah faktor pengalaman mengajar dan lokasi sekolah memberi kesan positif kepada pengajaran kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran.

Reference
  • 1. Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2017), Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap motivasi dan pencapaian Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2): 77-88.

    2. Asri Widowati. (2012), Six hats thinking berbasis formasi kelompok sebagai strategi creative and collaborative problem solving dalam pembelajaran sains. Prosiding Seminar Nasional Pemelitian, Pendidikan dan Penerapan MIPA Fakultas MIPA, hlm. 1-9.

    3. Charles Kivunja. (2015), Using De Bono’s six thinking hats model to teach critical thinking and problem solving skills essential for success in the 21st century economy, Journal of Creative Education, 6: 380-391.

    4. De Bono, E. (1992), Six Thinking Hat for Schools. Melbourne: Hawker Brownlow Pty Ltd.

    5. Fadilla Layang. (2019), Tahap pengetahuan, kesediaan dan sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran peta pemikiran i-think, Jurnal Pendidikan Malaysia. 44(1): 37-44.

    6. Hazlin Mohamat. (2016), Tahap pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan peta i-think dalam kalangan guru bahasa Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    7. Hazlin Mohamat & Zamri Mahamod. (2016), Tahap Pengetahuan, Sikap dan Amalan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Kali Kelima 2016, hlm. 179-194.

    8. Hasnah Isnon & Jamaludin Badusah. (2017), Kompetensi Dan Cabaran Guru Dalam Penerapan Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu. Fakulti Pendidikan, UKM.

    9. Indramini. (2018), Peningkatan Keterampilan Menulis Paragraf Argumentasi Dengan Metode Topi Pemikiran (Six Thinking Hats) Pada Siswa Kelas X Sma Guppi Samata. Konfiks: Jurnal Bahasa Dan Sastra Indonesia, 5(1): 53-58.

    10. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013), Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.

    11. Mohd Qhairil Anwar Azhar & Zamri Mahamod. (2018), Tahap Perbezaan Pengetahuan, Sikap dan Amalan Mengggunakan Enam Topi Pemikiran Berdasarkan Jantina dan Pengkhususan Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2): 13-24.

    12. Nessel, D. D., & Graham, J. M. (2007), Thinking Strategies for student achievement: improving learning a cross the curriculum, K-12. (2nd ed.). Thousand oaks, Carlifonia: Corwin Press. A SAGE Publication Company.

    13. Nurzarina Amran dan Roslinda Rosli. (2017), Kefahaman Guru Tentang Kemahiran Abad Ke-21. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Komunikasi.

    14. Noordiana Abu Bakar & Zamri Mahamod. (2017), Kesediaan guru terhadap implementasi kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu daerah Limbang. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu Sabah dan Sarawak (Eksekutif) Kali Ke-6, 655-674. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    15. Norshariani Abd Rahman. (2019), Application of Sic Thinking Hats in Developing Values through STEM Project-Based Learning. Proceedings 2nd International Seminar On Islamic Civilization 2019.

    16. Purwanti Widhy. (2010), The six thinking sebagai upaya peningkatan pembelajaran IPA yang pakem. Majalah Ilmiah Pembelajaran, 8 (2).

    17. Rohani Aziz. (2011), Pengetahuan, sikap dan kemahiran ICT di kalangan guru matematik di sekolah menengah negeri Pahang. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    18. Saraswati, N. P. A. P., Pudjawan, K., & Widiana, I. W. (2014), Pengaruh Metode Six Thinking Hats berbantuan LKS Open-Ended terhadap Hasil Belajar Kovariabel Keterampilan Berpikir Kritis. Journal Mimbar PGSD, 2(1).

    19. Umi Chotimah & Edwin Nudiansyah. (2017), Meningkatkan high order thinking skills mahasiswa semester III PPKn dalam pembelajaran Psikologi Sosial melalui penerapan metode six thinking hats. Jurnal Civics: Media Kajian Kewarganegaraan, 14(1): 63-74.

    20. Zamri Mahamod. (2014), Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    21. Zamri Mahamod. (2015), Profesien Murid dalam Kemahiran Bahasa Melayu: Isu dan Cabaran. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Kali Ke-4 2015, hlm. 1-8.