Politik belia dan Pilihan Raya Umum ke-14 di Malaysia
List of Authors
  • Junaidi Awang Besar , Nur Ellyanis Mohd Basori

Keyword
  • Pilihan raya umum, belia, kerajaan, parti politik, masa depan

Abstract
  • Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 adalah salah satu pilihan raya yang telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila berjaya menewaskan Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah selama 61 tahun. Hal ini buat pertama kalinya, parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan iaitu hasil gabungan parti BERSATU, DAP, PKR dan AMANAH berjaya membentuk kerajaan sejak 13 PRU yang lalu. Justeru, adalah menjadi objektif penulisan artikel ini untuk menganalisis tentang politik belia dan Pilihan Raya Umum 2018 yang telah berlangsung pada 9 Mei 2018. Berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada 96,684 orang responden belia di seluruh Malaysia, hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa golongan belia semakin berani berubah jika kemahuan dan aspirasi mereka tidak ditunaikan oleh pemimpin. Disebabkan generasi belia ini pemilik masa depan negara, maka merekalah pemegang taruhan yang terbesar pada masa hadapan. Golongan belia merupakan golongan yang paling ramai menjadi pengundi atas pagar dan sekali gus bertindak sebagai penentu kemenangan kepada sesebuah parti politik di Malaysia. Implikasi daripada penulisan artikel ini adalah semua pihak terutamanya pihak berkuasa perlu mendengar dan mengambil kira pandangan dan kemahuan belia kerana belia adalah pelapis negara. Artikel ini juga akan menambahkan maklumat berkaitan belia untuk dimanfaatkan oleh semua pihak.

Reference
  • 1. Azizan Bahari. (1995). Belia dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar (IKD)
    2. Azizan Bahari. (1995). Pergerakan Belia: Persoalan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Institusi Kajian Dasar (IKD).
    3. Azmil Tayeb. (2018). Pola Pengundian Golongan Muda Sukar Dijangka- Penganalisis Politik. Astro Awani. Dicapai di http://www.astroawani.com/berita-politik/pola-pengundian golongan-muda-sukar-dijangka-penganalisis-politik-174767. 7 Mei.
    4. Case, W. (2017). Stress Testing Leadership in Malaysia: The 1MDB Scandal and Najib Tun Razak. The Pacific Review. 30(5): 633-654.
    5. Fahmy, E. (2006). Young Citizens: Young People’s Involvement in Politics Decision Making. Aldershot: Ashgate Publishing.
    6. Gan, P. S. & Noor Sulastry Yurni Ahmad. (2015). Pengaruh Media Massa ke atas Penglibatan Politik Belia Cina. Malaysia Journal of Youth Studies. 16(6): 163-189.
    7. Henn, M. & Hart, J. (2017). The Generation Election: Youth Electoral Mobilisation at the 2017 General Election. In Thorsen, T., Jackson, D. & Lilleker, D. UK Election Analysis 2017: Media, Voters and the Campaign, pp 25. Poole: The Centre for the Study of Journalism, Culture and Community.
    8. Hussain Mohamed. (1997). Belia di Malaysia: Masalah, Gerakan dan Masa Depan. Kuala Lumpur: Karya Bestari.
    9. Hutchinson, F. E. (2018). Malaysia’s 14th General Elections: Drivers and Agents of Change. Asian Affairs, 49 (4), 582-605.
    10. Ibrahim Suffian. (2012). PRU13: Anak Muda dan Media Baru. Dicapai pada 20 Oktober 2016, daripada https://merdekacenter.org.com
    11. Luqman Arif Abdul Karim. (2019). Pengundi Cecah 22.7 Juta Menjelang 2023- PM. Berita Harian. Dicapai di https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/585580/pengundi-cecah-227-juta-menjelang-2023-pm pada 17 Julai 2019.
    12. Marshelayanti Mohamd Razali, Siti Noranizahhafizah Boyman & Nafisah Ilham Hussin. (2013). Penglibatan Politik Belia: Satu Analisis Penyertaan Konvensional di Malaysia. Jurnal Perspektif. 8(2): 70-78.
    13. Manning, P. K. & Truzzi, M. (1972). Youth and Sociology. New Jersey: Prentice Hall.
    14. Mohd Firdaus Abdullah & Arba’iyah Mohd Noor. (2019). Isu dan Masalah Bekalan Air Domestik pada PRU14. Asian Journal of Environment, History and Heritage. 3(1): 47-62.
    15. Mohd Fuad Mat Jali & Juanidi Awang Besar. (2012). Pendapat dan Keperluan Generasi Muda di Kawasan Parlimen Muar, Johor. e-Bangi Journal of Social Science and Humanities. 7(1): 50-63.
    16. Mohd Haziman Mahmood. (2017). Impak Penyertaan Pengundi Muda dalam PRU 2013terhadap Politik Malaysia. e-Bangi: Journal of Social Science and Humanities. 12(1): 1-18.
    17. Mohd Nizar Sudin, Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar & Marlisa Abdul Rahim. (2017). Kerelevanan Calon Muda Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14. The 2nd International Conference on Communication, Media, Information Technology, Environment, Tourism, Politics, Arts and Heritage. Conference Proceeding.
    18. Mohd Nizar Sudin, Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar & Marlisa Abdul Rahim. (2017). TN50 Generasi Muda: Suara Kepimpinan Masa Hadapan. The International Seminar on Islam, Culture and Heritage: Socio-Political and Economic Issues (ISICH 2017) Universiti Utara Malaysia. (1) hlm 1-5.
    19. Mohd Rizal Safar. (2002). Minat dan Partisipasi Politik Generasi Muda: Kajian Kes Kawasan Parlimen Arau, Perlis. Tesis Sarjana, Program Geografi, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
    20. Norhafiza Mohd Hed. (2012). Partisipasi Politik Pengundi Muda di Malaysia: Dari Reformasi ke Tsunami Politik. Tesis Sarjana, Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia.
    21. Norris, P. (2002). Democratic Phoenix: Reinventing Political Activism. Cambridge: Cambridge University Press.
    22. Norris, P. (2017). Why the Younger Generation of Corbynistas? In Thorsen, T., Jackson, D. & Lilleker, D. UK Election Analysis 2017: Media, Voters and the Campaign, hlm 22-23. Poole: The Centre for the Study of Journalism, Culture and Community.
    23. Ong. K. M. (2010). Pakatan Rakyat: What is Different this Time? The Round Table. Vol 99 (407) hlm 141-152.
    24. Osarsson, H. & Rosema, M. (2019). Consideration Set Models of Electoral Choice: Theory, Method and Application. Electoral Studies. 57: 256-262.
    25. Ribicoff, A. & Newman, J. O. (1973). Politik Cara Amerika. Terj. Taib Ahmad. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu Berhad.
    26. Sloam, J., Mohammad Raqib Ehsan & Henn, M. (2018). ‘Youthquake’: How and Why Young People Reshaped the Political Landscape in 2017. Political Insight. 4(1): 4-8.
    27. Vromen, A. (2007). Australian Young People’s Participatory Practices and Internet Use. Information Communication and Society. 10(1): 48-68.
    28. Yang, H. & DeHart, J. (2016). Social Media Use and Online Political Participation Among College Students During the US Election 2012. Social Media and Society. 2(1): 1-18.