Kesan sumber stres kerja ke atas kesejahteraan psikologi anggota penguat kuasa
List of Authors
  • Jong, Jee Leong , Mohd Dahlan A. Malek , Muhammad Idris Bullare @ Bahari

Keyword
  • Sumber stres kerja, kesejahteraan psikologi, autonomi, penguasaan pada persekitaran, pertumbuhan personal, hubungan positif dengan orang lain, matlamat hidup, penerimaan kendiri, anggota penguat kuasa

Abstract
  • Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui kesan sumber stres kerja ke atas kesejahteraan psikologi anggota penguat kuasa. Bukan itu sahaja, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan sumber stres kerja ke atas autonomi, penguasaan pada persekitaran, pertumbuhan personal, hubungan positif dengan orang lain, matlamat hidup, penerimaan kendiri dalam kalangan anggota penguat kuasa. Kaedah pensampelan berstrata rawak mudah telah digunakan untuk memilih 363 responden dalam kajian ini. Namun demikian, hanya seramai 331 orang responden sahaja yang melengkapkan borang soal selidik. Job Stress Survey (JSS) versi Melayu dan Ryff’s Psychological Well-Being Scale (PWBS) versi Melayu telah digunakan untuk menguji hipotesis dalam kajian ini. Permodelan Persamaan Berstruktur Kuasa Dua Terkecil Separa (PLS-SEM) digunakan untuk menguji kesan sumber stres kerja ke atas kesejahteraan psikologi dan dimensi-dimensinya dalam kalangan responden. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SmartPLS versi 3.2.8 (versi Profesional). Hasil kajian menunjukkan terdapat kesan sumber stres kerja yang negatif dan signifikan ke atas kesejahteraan psikologi. Dapatan Kajian juga menunjukkan sumber stres kerja mempunyai kesan negatif yang signifikan ke atas penguasaan pada persekitaran dan penerimaan kendiri dalam kalangan anggota penguat kuasa. Justeru itu, pihak atasan perlu mengambil langkah yang sesuai dan berkesan untuk mengurangkan kesan sumber stres dan seterusnya meningkatkan tahap kesejahteraan psikologi dalam kalangan anggota penguat kuasa. Dapatan kajian ini mewujudkan implikasi yang amat penting dan bermanfaat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia dalam usaha untuk melahirkan penjawat awam yang berkebolehan dan sentiasa bersedia untuk berdepan dengan pelbagai cabaran dalam dunia perkhidmatan awam.

Reference
  • 1. Adegoke, T. G. (2014). Effects of Occupational Stress on Psychological Well-Being of Police Employees in Ibadan Metropolis, Nigeria. International Multidisciplinary Journal, Ethiopia, 8(1), 302-320.
    2. Akta. (2009). Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700). Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
    3. Diestel., S., & Schmidt, K.H. (2009). Mediator and moderator effects of demands on self- control in the relationship between workload and indicators of job strain. Work and Stress, 23(1), 6-79.
    4. Easton, S., Laar, D.V., & Vardy, R.M. (2013). Quality of working life and the Police. Management, 3(3), 135-141.
    5. Ferlis Bahari, Tan, A. L. & Walton, W. (2016). The Effect of Occupational Stress on Teachers’ Psychological Well-Being: Social Support as Moderator. Australian Journal of Basic and Applied Sciences (AJBAS), 10(4), 54-65.
    6. Fredolinneysham, J. & Muhammad Idris, B. (2018). Penilaian Psikometrik Job Stress Survey Dalam Kalangan Sampel Penjawat Awam. Simposium Kebangsaan Kanak-kanak dan Keluarga (2018, April 26-27), 106-114. Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah.
    7. Gaunya, C.R., Oruta, E.M. & Lidava, M.K. (2016). An evaluation of factors influencing perception of job satisfaction among Police Officers in Kenya. Public Policy and Administration Research, 6(10), 23-36.
    8. Goswami, T. G. & Burman, R. (2015). Impact of Work stress on Job satisfaction and Psychological wellbeing amongst Police Officers: Workplace Support as Moderator. International Journal of Engineering Technology, Management and Applied Sciences, 3, 257-263.
    9. Hair, J. F., Hult, G. T. M., Ringle, C. M. & Sarstedt, M. (2017). A Primer On Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Second Edition. SAGE Publication Inc.
    10. Harnois, G. & Gabriel, P. (2000). Mental health and work: Impact, issues and good practices. Geneva: World Health Organization (WHO). Dipetik daripada https://www.who.int/mental_health/media/en/712.pdf.
    11. He, N., Zhao, J.H. & Archbold, C.A. (2002). Gender and police stress: The convergent and divergent impact of work environment, work-family conflict, and stress coping mechanisms of female and male police officers. Policing: An International Journal of Police Strategies & Management, 25(4), 687-708.
    12. Irniza Rasdi. (2018). Generic and Police-Specific Occupational Risk Factors of Mental Health and Well-Being Among urban and Sub-Urban Malaysia Traffic Police Officers. Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences, 14(SP2), 87-94.
    13. Kaur, M. & Hakimie Amrie (2020, Februari 17). Isu kesihatan mental libatkan pekerja telan RM14.4 bilion setahun. FMT Media Sdn. Bhd. Dipetik daripada https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/02/17/isu-kesihatan mental-libatkan-pekerja-di-malaysia-telan-rm14-4-bilion-setahun/
    14. Kazmi, R., Amjad, S. & Khan, D. (2008). Occupational Stress and Its Effect On Job Performance. A Case Study of Medical House Officers of District Abbottabad. Journal of Ayub Medical College Abbottabad, 20(3), 135-139.
    15. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (2017). Latar Belakang. Dipetik daripada https://www.kpdnhep.gov.my
    16. Kumar, V. & Kamalanabhan, T. J. (2014). Sources of Stress among Police Officials. A Qualitative Investigation. Indore Management Journal, 6(1).
    17. Michie, S. (2002). Causes And Management Of Stress At Work. Occupational Environmental Medicine, 59, 67-72.
    18. Mohammad, N., Shabibul, H. & Rehana, K. (2016). On-The-Job Stress and Stressors Among Police Officers Of A Metropolitan City Of Pakistan. International Journal of Recent Advances in Multidisciplinary Research, 3(6), 1581-1585.
    19. Muhammad Azam Tahir, Farah Parveen & Muhammad Saleem. (2014). Perceived Stress and Psychological Well-Being among Health care professionals of Quetta, Pakistan. Ni-Annual Research Journal, XXX(1), 123-132.
    20. Narban, J. S., Narban, B. P. S. & Singh, J. (2016). A Conceptual Study on Occupational Stress (Job Stress/Work Stress) and its Impacts. International Journal Of Advance Research And Innovative Ideas In Educaton, 2(1), 47-56.
    21. Norhayati, M. N. & Aniza, A. A. (2014). Psychometric Properties of the Malay version of Impact of Event Scale – Revised (IES-R). International Journal of Collaborative Research on Internal Medicine & Public Health, 6(2).
    22. Nor Liyana, M. B. & Mansor, A. T. (2009). A Preliminary Study on Occupational Stress and Job Satisfaction among Male Navy Personnel at a Naval Base in Lumut, Malaysia. The Journal of International Social Research, 2(9).
    23. Nur Izzaty Mohamad, Azman Ismail, Mohamad Shahril Azwan Mohamad Rozi & Sholihien Ahmad. (2015). Tekanan kerja dan perkaitannya dengan kesihatan pekerja: Kajian empirical sebuah kontinjen polis di Semenanjung Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space, 11(10), 63-75.
    24. Nur Pratiwi Noviati & Nurul Triwigati. (2016). Job stress and psychological well-being: The moderating role of religious coping. The 5th International Congress on Interdisciplinary Behavior and Social Science (ICIBSoS) 2016. Indonesia.
    25. Ramayah, T., Cheah, J. J. H., Chuah, F., Ting, H. & Mumtaz Ali Memon (2018). Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM) using SmartPLS 3.0. An Updated and Practical Guide to Statistical Analysis. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
    26. Ryff, C. D. (2014). Psychological well-being revisited: Advances in the science and practice of eudaimonia. Psychotherapy and Psychosomatics, 83(1), 10-28. Dipetik daripada http://doi:10.1159/000353263
    27. Sinar Harian. (2019). Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pahang meninggal dunia akibat serangan jantung. 14 Februari. Dipetik daripada https://www.sinarharian.com.my/article/12842/EDISI/Pahang/Pegawai- Penguatkuasa-KPDNHEP-Pahang-meninggal-dunia-akibat-serangan-jantung.
    28. Spielberger, C. D. & Vagg, P. R. (1999). Job Stress Survey. Psychological Assessment Resources, Inc.
    29. Sunday, S. & Okhakhume, S. (2017). Work Stress and Demographic Factors as Predictors of Psychological Well-Being among Police Officers in Makurdi Metropolis. SSRG International Journal of Humanities and Social Science, 4(5).
    30. WORKPLACE STRESS: A collective challenge. (2016, April 28). International Labour Organization (ILO). Dipetik daripada https://www.ilo.org/wcmsp5/groups/public/--- ed_protect/---protrav/---safework/documents/publication/wcms_466547.pdf
    31. Work-Related Stress. A Guide for Employers. (2011). Health and Safety Authority (HSA). Dipetik daripada https://www.hsa.ie/eng/Publications_and_Forms/Publications/ Occupational_Health/Work_Related_Stress_A_Guide_for_Employers.pdf
    32. UNISON. (2014). Police Staff Stress Survey Report. United Kingdom: UNISON.
    33. Zafir, M. M. & Fazilah, M. H. (2006). Stres Di Tempat Kerja Dan Kesannya Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan. Malaysian Journal of Community Health, 12.