Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan Pengajian Ilmu Qiraat: Satu Kajian Di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat MAIK
List of Authors
  • Ahmad Najib Abdullah

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Ilmu Qiraat semakin berkembang dengan kemunculan institusi pengajian yang menawarkan program pengajian yang berkaitan dengannya. Namun begitu, peringkat kajian tentang penguasaan pengajiannya masih kurang meluas. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan bagi melihat faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan pengajian Ilmu Qiraat di Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat MAIK (MTQ MAIK). Kajian kuantitatif ini merupakan sebuah kajian rintis dan instrumennya adalah menggunakan set soal selidik bagi mendapatkan data dan menggunakan aplikasi SPSS 21.0 bagi  menganalisa data. Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengikuti program Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat MAIK (MTQ MAIK) dari tahun 2018 hingga 2020 dijadikan sebagai sampel telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Sebanyak 15 item yang meliputi teori dan amali didatangkan dalam soal selidik ini. Kajian mendapati bahawa peringkat penguasaan pelajar-pelajar berkenaan pengajian ilmu Qiraat berada pada peringkat sederhana. Perkara ini dikuatkan dengan data yang didapati dari teori dan amali. Oleh itu, faktor peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran secara teori dan amali sepatutnya ditingkatkan  dan ditambahbaik supaya tahap penguasaan pengajaran ilmu Qiraat dalam kalangan pelajar dapat dinaikkan ke peringkat yang lebih tinggi.


Reference
  • No Data Recorded