Pengaplikasian Permainan ‘JeWo’ Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata Terbuka KV + KV Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
List of Authors
  • Rosadah Abd Majid, Sofea Hanim Affendi

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Abstrak: Keupayaan membaca bagi murid-murid berkeperluan khas dipengaruhi oleh keupayaan murid itu sendiri. Kekeliruan dalam pengamatan bahasa sedikit sebanyak mempengaruhi emosi, pengalaman, keperluan dan kehendak mereka. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan pengaplikasian permainan ‘JeWo’ dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV bagi murid berkeperluan khas. Kajian mengenai pengaplikasian permainan ‘JeWo’ dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV murid berkeperluan khas menekankan objektif berikut iaitu permainan ‘JeWo’ dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu; permainan ‘JeWo’ dapat meningkatkan pencapaian membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu menggunakan pendekatan belajar melalui bermain; permainan ‘JeWo’ dapat mengekalkan minat membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Adaptasi daripada Model Kurt Lewin (1948) telah digunakan dalam penyelidikan tindakan ini. Sebanyak dua kitaran/gelung bagi tindakan-tindakan dalam kajian ini bermula daripada merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid berumur lapan tahun yang dipilih melalui ujian diagnostik, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dikumpulkan melalui analisis dokumen (ujian lisan 1, ujian lisan 2, ujian lisan 3), temu bual dan pemerhatian. Data disemak menggunakan kaedah triangulasi. Dapatan mendapati peningkatan dalam kemahiran membaca murid berkeperluan khas adalah lebih 50.0 peratus (purata keseluruhan ujian lisan 1, ujian lisan 2 dan ujian lisan 3).  Hasil kajian mendapati permainan ‘JeWo’ banyak membantu murid dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV. Bagi murid berkeperluan khas, latihan yang berterusan akan mampu meningkatkan kemahiran membaca murid. Selain itu, amalan kendiri pengkaji juga turut ditambahbaik melalui pengaplikasian permainan ‘JeWo’ yang dicipta.

     

    Kata kunci: permainan ‘JeWo’, kemahiran membaca, membaca suku kata terbuka, suku kata KV + KV, murid berkeperluan pendidikan khas, MBPK, OKU


Reference
  • No Data Recorded