Hubungan antara keterlibatan ibu bapa dengan prestasi matematik pelajar sekolah menengah di daerah Mukah, Sarawak
List of Authors
  • Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore , Ngien Hock Wuong

Keyword
  • keterlibatan ibu bapa; prestasi matematik

Abstract
  • Keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak dilihat amat penting samada pembelajaran di rumah ataupun di sekolah. Banyak kajian lepas telah menunjukkan keterlibatan ibu bapa dalam pendidikan berupaya mempengaruhi prestasi matematik anak mereka. Namun begitu, perbincangan secara spesifik tentang jenis skop keterlibatan ibu bapa yang mempengaruhi prestasi matematik anak mereka di Malaysia jarang dibincangkan dalam kajian lepas. Justeru, tujuan dalam kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara keterlibatan ibu bapa terhadap prestasi matematik pelajar sekolah menengah di daerah Mukah, Sarawak. Jenis keterlibatan ibu bapa dibahagikan kepada 3 skop utama iaitu keterlibatan ibu bapa melalui perbincangan, pemantauan dan komunikasi. Seramai 510 orang pelajar tingkatan empat di daerah Mukah, Sarawak terlibat dalam kajian ini dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mendapat maklum balas pelajar tentang keterlibatan ibu bapa mereka di rumah. Markah skor ujian matematik Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada tahun 2019 digunakan sebagai data untuk mengukur prestasi matematik. Dapatan kajian menunjukkan tahap keterlibatan ibu bapa di daerah Mukah adalah sederhana. Analisis korelasi yang dilakukan turut menunjukkan tahap keterlibatan ibu bapa melalui perbincangan mempunyai hubungan positif yang kuat dan signifikan terhadap prestasi matematik, manakala tahap keterlibatan ibu bapa melalui komunikasi mempunyai hubungan positif yang lemah dan signifikan terhadap prestasi matematik. Namun, analisis korelasi juga melaporkan tahap keterlibatan ibu bapa melalui pemantauan mempunyai hubungan negatif yang lemah dan signifikan terhadap prestasi matematik di Mukah. Analisis Regresi Berganda juga mendapati ketiga-tiga jenis keterlibatan ibu bapa iaitu melalui perbincangan, pemantauan dan komunikasi secara bersama mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap prestasi matematik pelajar dengan menyumbang sebanyak 57.8% variasi perubahan dalam prestasi matematik. Dapatan kajian ini mencadangkan bahawa ketiga-tiga jenis keterlibatan ibu bapa melalui perbincangan, pemantauan dan komunikasi mempunyai peranan dalam mempengaruhi prestasi matematik pelajar. Oleh itu, adalah penting bagi mana-mana pihak yang berkepentingan untuk mengambil kira dan menimbang aspek keterlibatan ibu bapa dalam merangka dasar dan program yang berkaitan sebagai usaha untuk meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar.

Reference
  • 1. Bora, A., & Ahmed, S. (2018). Parents' Socioeconomic Status and Pupils' Mathematics Achievement: Stepwise Multiple Regression Analysis Approach. Online Submission, 4(11), 316-322.

    2. Baranovich, D.L., Fong, P.C., & Hutagalung, Fonny. (2017). Parental Scaffolding in Mathematics Homework Among Malaysian Private Preschoolers: a Case Study. International Journal of Science and Mathematics Education. 17. 10.1007/s10763-017-9850-2.

    3. Campbell, F. A., & Ramey, C. T. (1994). Effects of early intervention on intellectual and academic achievement: a follow‐up study of children from low‐income families. Child development, 65(2), 684-698.

    4. Carmichael, C., & MacDonald, A. (2016). Parental influences on primary school children's mathematics achievement: insights from the Longitudinal Study of Australian Children. Education 3-13, 44(2), 197-211.

    5. Carpenter, B. W., Young, M. D., Bowers, A., & Sanders, K. (2016). Family involvement at the secondary level: Learning from Texas Borderland Schools. NASSP Bulletin, 100(1), 47-70.

    6. Cronbach, L. J. (1951). Coefficient alpha and the internal structure of tests. psychometrika, 16(3), 297-334.

    7. Kafoussi, S., Chaviaris, P., & Moutsios-Rentzos, A. (2020). Investigating Parental Influences on Sixth Graders’ Mathematical Identity in Greece: A Case Study. International Electronic Journal of Mathematics Education, 15(2), em0572. DOI: https://doi.org/10.29333/ iejme/6279

    8. Liu, J., Peng, P., & Luo, L. (2019). The relation between family socioeconomic status and academic achievement in China: a meta-analysis. Educational Psychology Review, 1-28.

    9. Kafoussi, S., Chaviaris, P., & Moutsios-Rentzos, A. (2019). Investigating Parental Influences on Sixth Graders’ Mathematical Identity in Greece: A Case Study. International Electronic Journal of Mathematics Education, 15(2), em0572.

    10. Vukovic, R. K., Roberts, S. O., & Green Wright, L. (2013). From parental involvement to children's mathematical performance: The role of mathematics anxiety. Early Education & Development, 24(4), 446-467.