Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi Argumenta Realiti (AR) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Bera. Satu kajian telah dijalankan untuk menyelidiki tahap orientasi ilmu, instruksional, pelibatan komuniti serta kualiti peribadi guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan pembelajaran imersif menggunakan teknologi AR. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan pensampelan bertujuan. Seramai 118 guru yang mengajar Bahasa Melayu di daerah Bera dipilih sebagai peserta kajian. Soal selidik digunakan sebagai alat pengumpulan data. Data kajian dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan tahap orientasi ilmu dan intruskional pada tahap yang tinggi iaitu min 4.66 dan 4.38. Tahap pelibatan komuniti dan kualiti peribadi juga menunjukkan tahap yang tinggi iaitu min 4.62 dan 4.66. Keseluruhan kompetensi guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan teknologi AR menunjukkan tahap yang tinggi dengan min 4.56. Implikasi kajian ini adalah untuk memantapkan tahap kompetensi guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi AR.