Abstrak: Al-Quran merupakan sumber utama dalam memahami akhlak manusia. Terdapat ayat-ayat menyentuh tentang kemuliaan akhlak serta kepentingannya iaitu antara aspek utama yang perlu dititikberatkan oleh setiap muslim. Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenalpasti pengaruh penghayatan Al-Quran di dalam pembentukan akhlak pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan. Sebanyak 40 orang pelajar dan 4 orang guru diambil sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data adalah borang soal selidik dan ianya terbahagi kepada dua lampiran. Lampiran A untuk pelajar sahaja, ia mengandungi maklumat demografi responden. Lampiran B pula memfokuskan kepada soalan temubual bagi responden dikalangan guru yang terpilih. Hasil kajian mendapati sebilangan besar pelajar mempunyai tahap penghayatan yang baik pada kebanyakan nilai akhlak Al-Quran manakala beberapa nilai akhlak, ia menunjukkan tahap penghayatan yang sederhana. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan tahap kecintaan dan penghayatan bacaan Al-Quran ada hubungan dengan pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Kota Samarahan. Implikasi daripada kajian ini, diharapkan para guru, ibu bapa dan masyarakat setempat sama-sama berusaha dalam memberi penekanan berkaitan kewajipan mempelajari dan mengamalkan Al-Quran sebagai panduan hidup termasuk mengadakan aktiviti seperti Kem cinta Al-Quran, bengkel tarbiyyah kepada para pelajar serta penambahbaikan kaedah pengumpulan data pada masa akan datang.
Kata Kunci: Kecenderungan, Cinta Al-Quran, Pembentukan Akhlak
Abstract: Al-Quran is the main source of knowledge to understanding human morality. There are verses that touch on the nobility of morals and its importance, which is one of the main aspects that every Muslim needs to emphasize. This study was carried out with the aim of identifying the influence of Al-Quran appreciation in the moral formation of students at the Kota Samarahan National Secondary School. A total of 40 students and 4 teachers were taken as a study sample. The instrument used to collect data is a questionnaire and it is divided into two appendices. Appendix A is for students only, it contains the demographic information of the respondents. Appendix B focuses on interview questions for respondents among selected teachers. The results of the study found that a large number of students have a good level of understanding of most of the moral values of the Quran while some of the moral values show a moderate level of understanding. In conclusion, this study shows that the level of love and appreciation of Al-Quran reading has a relationship with the formation of morals among high school students in the Kota Samarahan district. The implications of this study, it is hoped that teachers, parents and the local community a like will strive to emphasize the obligation to learn and practice the Al-Quran as a guide for life, including holding activities such as Al-Quran love camps, tarbiyyah workshops for students and others as well as improving data collection methods. when the time comes.
Keywords: Inclination, Love Al-Quran, Moral