Amalan kepimpinan autokratik pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah
List of Authors
  • Jamalullail Abdul Wahab , Loh May Chen

Keyword
  • kepimpinan autokratik pengetua, kepuasan kerja guru, sekolah menengah

Abstract
  • Kepimpinan autokratik pengetua masih diamalkan dalam keadaan tertentu di sekolah, walaupun tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah mungkin menurun kerana hanya mendengar arahan daripada satu pihak sahaja. Amalan kepimpinan autokratik pengetua di sekolah sudah semakin kurang relevan dengan keadaan organisasi seperti di sekolah sekarang. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan autokratik pengetua dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah, daerah Kota Bharu, Kelantan. Kekurangan kajian yang dijalankan di sekolah menengah tentang isu ini mendorong pengkaji untuk melihat hubungan antara amalan kepimpinan autokratik pengetua dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah. Kebanyakan kajian kepimpinan pendidikan yang dijalankan sebelum ini adalah berkaitan amalan kepimpinan lain seperti kepimpinan demokratik atau kepimpinan laissez faire. Reka bentuk kajian ialah kuantitatif kaedah tinjauan menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Sampel kajian terdiri daripada 90 orang guru di sekolah menengah di daerah Kota Bharu, Kelantan dipilih melalui persampelan rawak. Statistical Packages for The Social Science (SPSS) versi 23 digunakan untuk menganalisis data. Data dianalisis secara deskriptif dan inferens statistik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan autokratik pengetua dan tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah berada pada tahap yang tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan autokratik pengetua dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah. Amalan kepimpinan autokratik pengetua masih diamalkan dalam keadaan tertentu yang kadangkala akan menyebabkan tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah menjadi rendah kerana proses membuat keputusan yang dominan di pihak pengetua.

Reference
  • 1. Atif Saleem, Sarfraz Aslam & Hong-biao Yin et.al. (2020). Principal Leadership Styles and Teacher Job Performance: Viewpoint of Middle Management. Sustainability, 12, 3390.

    2. Bikimane, Gaopalelwe Inecky & Makambe, Ushe. (2020). Effects of Autocratic and Authentic Leadership Styles on Teacher Motivation in Selected Primary Schools, Botswana. African Research Review: An International Multidisciplinary Journal, Ethiopia. AFRREV Vol. 14 (2), Serial No 58, April: 190-204.

    3. Dody Hawaid. Teori Sifat. Retrieved April 1, 2020 from https://www.academia.edu/34926754/Teori_Sifat.

    4. Fabian W. Nyenyembe, Ralf Maslowski & Beatrice S. Nimrod et. al. (2016). Leadership Styles and Teachers’ Job Satisfaction in Tanzanian Public Secondary Schools. Universal Journal of Educational Research. 4(5): 980-988.

    5. Ferry Roen. (2012). Teori Dan Perilaku Organisasi: Teori Dua Faktor. Retrieved April 7, 2020 from http://perilakuorganisasi.com/teori-dua-faktor.html.

    6. Hassan & Adnan. Hubungan Kepuasan Kerja Guru-Guru dengan Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah Daerah Besut, Terengganu. Retrieved April 13, 2020 from http://eprints.utm.my/id/eprint/11815/1/Hubungan_Kepuasan_Kerja_Guru.pdf.

    7. Hina Munir & Muhammad Zafar Iqbal. (2018). A Study of Relationship between Leadership Styles of Principals and Job Satisfaction of Teachers in Colleges for Women. Bulletin of Education and Research. August, Vol. 40, No. 2 pp. 65-78.

    8. Ismail, Ahmad Yusri. (2017). Gaya Kepimpinan Pengetua dan Kepuasan Kerja Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Marang, Terengganu. Retrieved October 8, 2020 from http://repo.uum.edu.my/23120/.

    9. Menon, M. E., & Athanasoula-Reppa, A. (2011). Job Satisfaction among Secondary Teachers: The Role of Gender and Experience. School Leadership and Management, 31(5), 435-450.

    10. Mohd Azuan Ali, Azilahwati Adam & Mohd Zamri Ali. (2019). Hubungan antara Gaya Kepimpinan Terhadap Prestasi Kerja Pensyarah Kolej Komuniti. Retrieved October 8, 2020 from http://myjms.moe.gov.my/index.php/PKKJLLL/article/view/7386/3002 .

    11. Mohd Noor, Noraini and Rameli, Ruzilayati. (2011). Mengenal Pasti Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kepuasan Kerja dalam Kalangan Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bharu. Journal of Science & Mathematics Education. pp. 1-9.

    12. Motivasi dan Reka Bentuk Kerja: Teori Dua Faktor. Retrieved April 7, 2020 from http://oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBGO4103/53736/20150209042903_BBGO4103%20Topik%204.pdf.

    13. Mrhafizzul. (2018). Kepimpinan Autokratik. Retrieved Mac 25, 2020 from https://mrhafizzul.blogspot.com.

    14. Norani Mohd Noor & Ruzilayati Rameli. (2011). Mengenal Pasti Faktor-Faktor yang mempengaruhi Kepuasan Kerja dalam kalangan Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bharu. Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved Ogos 29, 2020 from https://core.ac.uk/download/pdf/11787372.pdf .

    15. Norhazwani Hassan & Jamalullail Abdul Wahab. (2017). Kepuasan Kerja dalam Kalangan Guru di Sekolah Menengah Zon Bangsar. SeminarSerantau. 401-408.

    16. Northouse, P.G. (2018). Leadership: Theory and Practice; Sage Publications: Thousand Oaks, CA, USA.

    17. Nurjannah F.A Kariming & Abdul Said Ambotang. (2018). Hubungan Iklim Sekolah terhadap Kepuasan Kerja Guru Tingkatan 6 Zon Pantai Timur Sabah, Jurnal Kominikasi Borneo. Vol. 6.

    18. Raziah & Ahmad. (2009). Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar dengan Kepuasan Kerja Guru di Tiga Buah Sekolah Rendah di Seremban. Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM. 1-9.

    19. Saiful Azley. (2014). Teori Kontigensi Fiedler. Retrieved April 5, 2020 from http://saifulazley.blogspot.com/2014/05/teori-kontigensi-fiedler.html.

    20. Sehar, Sara & S Khurram Khan Alwi. (2019). Impact of Head Teacher’s Leadership Style on Teacher’s Job Satisfaction and Work Motivation. Journal of Business Strategies; Karachi, Vol. 13, Iss. 1, (Jun 2019): 1.

    21. Siti Aida Binti Ab Muttalib. (2014). Gaya Kepimpinan terhadap Pemilihan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Retrieved Ogos 27, 2020 from http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/5362/1/SITI_AIDA_BINTI_AB_MUTTALIB.pdf .

    22. Siti Zulaikha Binti Zuakafli, Siti Khadhijah Binti Ros Lin & Wirda Amanee Binti Ab. Ghani. (2015). Teori Sifat. Retrieved April 1, 2020 from https://www.slideshare.net/laikha5808/teori-sifat-46353147.

    23. Shahrin & Saraswathi Vani. Kepuasan Kerja dalam kalangan Guru di Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Daerah Kulai. Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved Oktober 21, 2020.

    24. Kitapunya. (2017). Teori Perilaku (Behavioral Theories) dalam Teori Kepemimpinan. Retrieved April 9, 2020 from https://www.kitapunya.net/teori-perilaku-behavioral-theories-kepemimpinan/.

    25. Zainimat. (2017). Teori Dua Faktor Hezberg. Retrieved April 7, 2020 from http://pengurusanmatrik.blogspot.com/2017/07/teori-dua-faktor-hezberg.html.