Pengaruh Kesepian dan Harga Diri Terhadap Permasalahan Penggunaan Telefon Pintar Dalam Kalangan Remaja
List of Authors
  • Jyh Shen Yap, Shahlan Surat

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Abstrak:
    Dalam era digital, golongan remaja merupakan kumpulan pengguna telefon pintar yang paling aktif dan berpotensi terdedah kepada penggunaan telefon pintar yang bermasalah. Kajian ini berhasrat untuk mengkaji pengaruh kesepian dan harga diri terhadap penggunaan telefon pintar yang bermasalah. Selanjutnya, kajian ini juga cuba mengenalpasti perbezaan jantina dalam penggunaan telefon pintar bermasalah dalam kalangan remaja di Malaysia. Dalam kajian ini, seramai 386 peserta telah direkruit melalui pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah bukan kebarangkalian bagi persampelan kemudahan. Tinjauan soal
    selidik dalam talian mempunyai empat bahagian:1. Maklumat demografi, 2. Skala kesepian, 3. Skala harga diri, 4. Skala penggunaan telefon pintar yang bermasalah. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi untuk
    menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua peramal kesepian dan harga diri boleh meramalkan penggunaan telefon pintar bermasalah dengan ketara, di mana kesepian meramalkan secara positif penggunaan telefon pintar bermasalah dan harga diri meramalkan secara negatif penggunaan telefon pintar bermasalah. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan jantina yang ketara diperhatikan dalam penggunaan telefon pintar yang bermasalah dalam kalangan remaja. Dari segi sumbangan praktikal, penemuan ini bermanfaat bagi profesional kesihatan mental dan pihak berkuasa bukan kerajaan dalam
    penggubalan modul dan program berkaitan untuk membantu golongan remaja yang mempunyai permasalahan penggunaan telefon pintar. 

    Abstract:
    In digital era, teenagers are the most active group of smartphone users and most likely prone to engage in problematic smartphone use. This study aims to examine the influences of loneliness, self-esteem towards problematic smartphone use. Furthermore, this study was also tries to identify the gender differences in problematic smartphone use among teenagers in Malaysia. Quantitative approach based on a survey was conducted in this study by using an online questionnaire in the form of google form to collect data. Total 386 participants were recruited by using a non-probability method of convenience sampling. The questionnaire was designed in four (4) section: 1. Demographic information, 2. Loneliness scale, 3. Self-esteem Scale, 4. Problematic smartphone use scale. The data obtained was analyzed by using descriptive and inferential statistical method to answer the research questions. The findings show that both loneliness and self-esteem significantly predict problematic smartphone use, where loneliness positively predicts problematic smartphone use and self-esteem negatively predicts problematic smartphone use. However, there is no significant gender differences were observed in problematic smartphone use among adolescents. The implication of the findings can be a reference for mental health professionals and non-governmental authorities in the formulation of relevant modules and
    programs to help adolescents with smartphone use problems.


Reference
  • No Data Recorded