Hubungan Amalan Kepimpinan Multidimensi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Pengurusan Kehadiran Murid Sekolah Rendah di daerah Melaka Tengah
List of Authors
  • Aida Hanim A. Hamid, Shahril Roslan

Keyword
  • Kepimpinan Multidimensi, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), Pengurusan Kehadiran Murid Sekolah Rendah, Kepimpinan Pendidikan

Abstract
  • Kehadiran murid ke sekolah secara konsisten merupakan elemen penting dalam menjamin keberhasilan pendidikan dan pembangunan holistik murid. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan multidimensi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) dan pengurusan kehadiran murid di sekolah rendah serta meneliti hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Reka bentuk kajian kuantitatif berbentuk tinjauan korelasi telah digunakan dengan melibatkan 466 orang guru kelas sekolah rendah di daerah Melaka Tengah sebagai responden. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik yang dibina berasaskan model Kepimpinan Multidimensi Bolman dan Deal (2003) serta garis panduan Malaysia School Governance (MySG) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dapatan menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan multidimensi GPK HEM berada pada tahap sangat tinggi, khususnya dalam dimensi kepimpinan struktural, simbolik dan politik. Tahap pengurusan kehadiran murid juga didapati sangat tinggi dengan penekanan pada aspek merekod kehadiran murid dan program intervensi kehadiran murid. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang signifikan dan positif antara amalan kepimpinan multidimensi GPK HEM dengan pengurusan kehadiran murid (r = 0.649, p < 0.001), dengan nilai varian sebanyak 42.1%. Kajian ini menyimpulkan bahawa amalan kepimpinan yang menyeluruh dan strategik oleh GPK HEM mampu memperkukuh pengurusan kehadiran murid di sekolah rendah. Implikasinya, latihan pembangunan profesional, sokongan kolaboratif, serta pengukuhan jaringan ibu bapa-komuniti perlu diberi penekanan dalam usaha meningkatkan keberkesanan kepimpinan pendidikan peringkat pertengahan.

Reference
  • No Data Recorded