Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti keberkesanan pendekatan Teraputik Dalam Didik Hibur Menarik Minat Belajar Bahasa Melayu Murid Pendidikan Khas. Teraputik ialah sesuatu yang menenangkan fikiran seseorang. Didik hibur ialah mendidik sambil menghibur atau turut dikenali sebagai “Fun Learningâ€. Murid pendidikan khas mempunyai pelbagai masalah menguasai kemahiran komunikasi, kemahiran sosial, tingkahlaku dan emosi yang mudah terganggu. Sebutan artikulasi mereka lemah dan kurang fokus. Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan pendekatan terapeutik dalam didik hibur terhadap perkembangan kemahiran kognitif, kemahiran sosial dan komunikasi responden. Kajian ini berbentuk kualitatif. Seramai 5 orang murid Pendidikan khas masalah pembelajaran telah dipilih sebagai responden. Kajian ini mengunakan persampelan bertujuan. Kajian dilakukan mengunakan Model Kurt Lewin dan Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura. Pengumpulan data diperolehi melalui ujian pra, ujian pos, senarai semak dan temubual. Instrument mengandungi item-item kemahiran sosial yang diadaptasi dari Penilaian Perkembangan Kanak-kanak Secara Portfolio oleh Rohani Abdullah (2001). Hasil kajian mendapati pendekatan teraputik dalam didik hibur sesuai untuk murid masalah pembelajaran kerana mereka dapat terlibat secara langsung dengan setiap aktiviti pengajaran yang dilakukan dalam situasi menyeronokan. Memori yang menyeronokkan mudah disimpan untuk jangka masa yang lama. Semoga kajian seterusnya dapat melibatkan lebih ramai lagi responden dari murid pendidikan khas dan dilakukan dalam jangka masa yang lebih panjang.