Pencelahan dalam mesyuarat di tempat kerja
List of Authors
  • Nurul Amira Sabri , Tan, Kim Hua

Keyword
  • Pencelahan, mesyuarat, pekerjaan, pencelahan koperatif, pencelahan yang mengganggu

Abstract
  • Pencelahan berlaku apabila seorang penghujah berhasrat meneruskan hujah tetapi dihentikan tanpa persetujuan oleh penghujah lain. Dalam alam pekerjaan, hal ini kerap berlaku semasa mesyuarat, namun begitu, pencelahan tidak bersifat menganggu secara mutlak kerana terdapat celahan yang koperatif. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif khususnya pendekatan etnografi. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pencelahan yang berlaku semasa mesyuarat di tempat kerja. Pencelahan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pencelahan koperatif dan pencelahan yang mengganggu. Pencelahan koperatif boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu persetujuan, bantuan dan pencerahan manakala pencelahan yang mengganggu boleh dibahagikan kepada tiga jenis juga, iaitu pencelahan disebabkan ketidaksepakatan, peralihan penghujah dan turutan berbicara, serta perubahan topik. Tujuan kajian ini adalah untuk menjawab tiga persoalan iaitu pertama, untuk mengenal pasti jenis pencelahan yang berlaku semasa mesyuarat di tempat kerja; kedua, untuk mengenal pasti kekerapan pencelahan dan ketiga, untuk menyiasat alasan pencelahan itu berlaku dalam sesuatu mesyuarat. Dapatan kajian ini mengesahkan bahawa terdapat dua kategori utama iaitu pencelahan koperatif dan pencelahan yang mengganggu, di mana pencelahan koperatif berlaku dengan lebih kerap. Analisis data menunjukkan bahawa terdapat enam alasan mengapa pencelahan berlaku dalam sesuatu mesyuarat.

Reference
  • 1. Brenner, R. (2003). Let Me Finish, Please. Newsletter from Chaco Canyon Consulting, 3(4). Retrieved from http://www.chacocanyon.com/pointlookout/030122.shtml [21 July 2011].
    2. Fung, L. (2009). A Study of Indirectness in Business Meetings. 3L: The South East Asian Journal of English Language Studies, 15, 23-39.
    3. Geertz, C. (1975). On the nature of anthropological understanding. American Scientist, 63, 47-53.
    4. James, D. & Clark, S. (1993). Women, men and interruptions: A critical review. In Tannen, D. (Ed.), Gender and Conversational Interaction (pp. 231- 280). New York and Oxford: Oxford University Press.
    5. Kennedy, C. W., & Camden, C. T. (1983). A new look at interruption. Western Journal of Speech Communication, 47, 45-58.
    6. Kuo, S. H. (1994). Agreement and Disagreement Strategies in a Radio Conversation. Research on Language and Social Interaction, 27(2), 95-121.
    7. Li, H. Z. (2001). Cooperative and Intrusive Interruptions in Inter- and Intracultural Dyadic Discourse. Journal of Language and Social Psychology, 20(3), 259-284.
    8. Markus, H. R., & Kitayama, S. (1991). Culture and the self: Implications for cognition, emotion, and motivation. Psychological Review, 98, 224-253.
    9. Murata, K. (1994). Intrusive or cooperative? A cross-cultural study of interruption. Journal of Pragmatics, 21, 388-408.
    10. Tannen, D. (1994). Gender and discourse. New York: Oxford University Press.
    11. West, C. & Zimmerman D. H. (1983). Small insults: A study of Interruptions in Cross Sex Conversations between Unacquainted Persons. In Thorne, B., Kramarae, C. & Henley, N. (Eds.), Language, Gender and Society (pp. 102-117). Rowley MA: Newbury House.
    12. Yang, L. C. (2005). Visualizing Spoken Discourse: Prosodic Form and Discourse Functions of Interruptions. Retrieved from http://www.aclweb.org/anthology new/W/W01/W01- 1628.pdf [4 January 2012].