Persepsi dan Amalan Guru Terhadap Pengintegrasian Unsur Sejarah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di Sekolah Menengah
List of Authors
  • Siti Mistima Maat

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pengintegrasian unsur sejarah dalam pendidikan matematik memberikan banyak manfaat kepada guru mahupun pelajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi dan amalan guru terhadap pengintegrasian unsur sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) matematik di sekolah menengah. Seramai 31 orang guru matematik yang sedang menyambung pelajaran pada peringkat sarjana dalam bidang pendidikan matematik di sebuah institusi pengajian tinggi awam telah terlibat dalam kajian kuantitatif ini dan telah dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan satu soal selidik yang telah diadaptasi dan diterjemahkan ke dalam bahasa melayu untuk mengukur tahap amalan dan persepsi guru terhadap pengintegrasian unsur sejarah dalam PdP matematik. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti guru mempunyai persepsi yang positif terhadap pengintegrasian unsur sejarah. Namun begitu, tahap amalan masih berada pada tahap sederhana. Guru yang mendapat skor persepsi yang tinggi dilihat lebih cenderung untuk mengintegrasikan unsur sejarah dalam pengajaran mereka. Sungguhpun begitu, hampir sebahagian guru masih tidak mengintegrasikannya meskipun mempunyai persepsi yang positif kerana dibatasi pelbagai faktor. Implikasinya, kursus dan latihan wajar diberikan kepada guru matematik agar mereka mampu menangani cabaran yang dihadapi dalam mengintegrasikan unsur sejarah dalam pendidikan matematik.

     


Reference
  • No Data Recorded