Tinjauan Sistematik Terhadap Penilaian Kemahiran Proses Saintifik dalam Pendidikan Stem dan Konteks Revolusi Industri 4.0
List of Authors
  • Farid Arifin Md Arifin, Kamisah Osman

Keyword
  • kemahiran proses saintifik, penilaian STEM, revolusi industri 4.0, kecerdasan buatan

Abstract
  • Tinjauan sistematik ini bertujuan menganalisis landskap penilaian kemahiran proses saintifik (KPS) dalam pendidikan STEM dalam konteks Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Kajian memfokuskan tiga isu utama; (i) jenis dan konstruk instrumen penilaian KPS, termasuk instrumen tradisional, digital, berasaskan AI dan teknologi imersif, (ii) tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen menggunakan pendekatan psikometrik klasik dan moden, dan (iii) jurang antara amalan penilaian semasa dengan keperluan kompetensi IR4.0, khususnya dalam konteks Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di Malaysia. Proses carian berstruktur berpandukan PRISMA 2020 melibatkan pangkalan data utama bagi tempoh 2018–2024, dengan kriteria inklusi yang menapis kajian empirikal berkaitan penilaian KPS dalam pendidikan STEM. Analisis menunjukkan bahawa walaupun wujud pelbagai instrumen yang sahih dan kebolehpercayaan, kebanyakannya masih berfokus kepada KPS tradisional dan belum mengintegrasikan secara menyeluruh soft skills, literasi digital, etika dan kelestarian yang dituntut oleh IR4.0. Teknologi seperti AI, NLP dan VR/AR memperlihatkan potensi besar untuk penilaian autentik dan adaptif, namun ia berdepan isu standardisasi, bias algoritma, kesiapsiagaan guru dan jurang infrastruktur, khususnya di negara membangun. Secara keseluruhan, SLR ini menegaskan keperluan mendesak untuk membangunkan kerangka penilaian KPS bersepadu berteraskan PBD dan IR4.0, yang disokong oleh instrumen multidimensi tervalidasi, literasi penilaian guru yang kukuh serta ekosistem teknologi yang adil dan beretika.

Reference
  • No Data Recorded