PRU-14 dan pasca PRU-14 :analisis politik di negeri Johor Darul Takzim
List of Authors
  • Junaidi Awang Besar

Keyword
  • Politik, pilihan raya, Dewan Undangan Negeri, wakil rakyat, pengundi

Abstract
  • Negeri Johor terkenal dengan jolokan negeri kelahiran UMNO pada 11 Mei 1946 yang juga merupakan kubu kuat UMNO di Malaysia ini sejak Pilihan Raya Umum pertama (PRU-1) lagi. BN yang diketuai UMNO memenangi PRU-1 hingga PRU-13 di negeri ini bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan mencapai majoriti lebih daripada 2/3 kerusi. Namun pada PRU-14, buat pertama kalinya Johor tumbang kepada parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan berjaya memperoleh 36 kerusi DUN berbanding BN (19 kerusi) dan PAS hanya 1 kerusi. Politik Johor berubah lagi pada 26 Februari 2020 apabila PPBM (BERSATU) bertindak keluar PH dan membentuk Perikatan Nasional (PN) bersama dengan Muafakat Nasional (MN) dan seorang wakil rakyat Bebas. Dinamika politik ini merupakan percaturan yang menarik melibatkan strategi dan seni berpolitik demi mendapatkan kuasa sama ada secara berperlembagaan mahupun secara berkepentingan. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis politik pilihan raya pada PRU-14 dan pasca PRU-14. Berdasarkan analisis data keputusan PRU 2018, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa kemenangan PH dan kekalahan BN pada PRU-14 serta penguasaan PN pasca PRU-14 di Johor membuktikan bahawa tiada yang mustahil dan tiada yang kekal dalam politik. Sesungguhnya ilmu politik penuh dengan dinamikanya dan berseni/berstrategi. Faktor isu nasional lebih kuat mempengaruhi keputusan politik rakyat Johor, justeru pemimpin negeri dan tempatan Johor turut menerima tempiasnya. Kemenangan PH pada PRU-14 dimangkin oleh sokongan pengundi Cina dan India di samping pengundi muda Melayu dan sebahagian besar First Time Voters yang dipengaruhi oleh media sosial. Implikasi daripada penulisan artikel ini ialah pihak yang menang perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah dengan adil dan beramanah untuk kebajikan rakyat manakala pihak yang tewas perlu memainkan peranan sebagai pembangkang ‘membina’ bagi memastikan pembangunan fizikal dan spiritual rakyat Johor mendapat perhatian semua ahli politik di negeri ini.

Reference
  • 1. Abdul Rahman Mohamad. (1994). Tingkah laku Pengundi di Kawasan Luar Bandar: Satu Kajian kes di Tangkak, Johor. Latihan Ilmiah, Jabatan Geografi, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
    2. Henry Loh. (2018). Rakyat’s victory vindicates decades-long struggle. In Francis Loh & Anil Netto (Eds), Regime change in Malaysia: GE14 and The end of UMNO-BN’S 60-year rule. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.
    3. Hutchinson, F.E. (2019). GE-14 in Johor: Shock or Just Awe?. In Hutchinson, F.E. & Lee, H. A. The Defeat of Barisan Nasional: Missed Signs or Late Surge?. Singapore: ISEAS – Yusof Ishak Institute.
    4. Iskandar Miza Ahmad. (1998). UMNO dan Pembangunan di Bahagian Gelang Patah, Johor Darul Takzim. Jabatan Sains Politik. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
    5. Junaidi Awang Besar. (2017). Politik pilihan raya menuju PRU-14: kajian kes di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Prosiding. 3rd International Conference On Elections And Democracy. Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak. 473-508.
    6. Junaidi Awang Besar. (2018). Analisis Faktor Geografi Terhadap Pola Pengundian Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, 2018 di Malaysia. International Conference on Social Sciences And Humanities (ICOSH-7) 2018. Tema: “Wisdom and Culture in the ASEAN Region: Perpectives from the Social Sciences and Humanities” “Akal Budi dan Kebudayaan di Rantau ASEAN: Perspektif Sains Sosial dan Kemanusiaan”. Anjuran dan Tempat Persidangan: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. Pada 12-15 November.
    7. Junaidi Awang Besar. (2019a). Pengaruh Geopolitik Kaum Dalam Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14, 2018 Di Malaysia. International Conference On Social Sciences And Humanities 2019 (ICOSSH 2019). At: Parkcity Everly Hotel, Bintulu, Sarawak, Malaysia. Organize By: Faculty Of Social Sciences And Management, Universiti Putra Malaysia Campus Bintulu, Sarawak. 8-9 October.
    8. Junaidi Awang Besar. (2019b). Perubahan politik dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, 2018 di Malaysia. Geografia Online: Malaysian Journal of Society and Space, 15(4), 220-232.
    9. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali & Mohd Faidz Mohd Zain. (2011). Pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor: analisis pola pengundian etnik Cina. Persidangan Kebangsaan Masyarakat, Ruang Dan Alam Sekitar (MATRA) 2011. Hotel Vistana, Pulau Pinang. Anjuran Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. 16-17 November.
    10. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali & Mohd Faidz Mohd Zain. (2012). Analisis pola pengundian etnik Cina dalam Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 8(5), 39-50.
    11. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Rosmadi Fauzi, Mohd Syukri Zainuddin, Muhammad Hazim Abd Ghani & Mazlan Ali. (2018). Pola Pengundian Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, 2018 di Wilayah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Malaysia Brunei Forum 2018 (MBF 2018). Tema: “Pengetahuan dan Inovasi Sosial: Masa Lalu, Kini dan Masa Depan”. Anjuran Dan Tempat: Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. 7-8 November.
    12. Mohamed Nawab Mohamed Osman & Rashaad Ali. (2018). Localising Victory: GE 14 And The Electoral Contests In Johor And Kelantan. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 45(2)(December 2018), 367-385.
    13. Mohd Fuad Mat Jali & Junaidi Awang Besar. (2012a). Pendapat dan Keperluan Generasi Muda di Kawasan Parlimen Muar, Johor. E-Bangi: Journal of Social Science and Humanities, 7, 50-63.
    14. Mohd Fuad Mat Jali & Junaidi Awang Besar. (2012). Persepsi Politik dan Kepimpinan di Kawasan Parlimen (P152) Kluang, Johor. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 8(3), 23-32.
    15. Mohd Izani Mohd Zain & Abdul Razak Ahmad. (2019). Permata Bertukar Pemilik: Cabaran dan Masa Depan Politik Johor Pasca PRUM Ke-14. Dlm. Zulkanain Abdul Rahman,
    16. Rosmadi Fauzi & Amer Saifude Ghazali (Pnyt). Pilihan Raya Umum ke-14: Isu dan Cabaran Malaysia Baharu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
    17. Mohd. Noor Mat Yazid. 2019. Faktor Sabah, Sarawak Dan Johor Dalam Pembentukan Kerajaan Pusat Malaysia: Analisis Pilihanraya Umum Ke-13 Dan Ke-14. International Journal of Law, Government and Communication, 4(14)(Mac 2019), 87-96.
    18. Muhammad Naim Fakhirin, Zulkanain Abdul Rahman & Fatimi Hanafi. (2019). Prestasi UMNO di Kerusi Parlimen Kawasan FELDA, Johor pada PRU-14. Dlm. Zulkanain Abdul Rahman, Rosmadi Fauzi & Amer Saifude Ghazali (Pnyt). Pilihan Raya Umum ke-14: Isu dan Cabaran Malaysia Baharu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
    19. Ng Mei Mei. (2001). Pola Perlakuan Pengundi: Satu Kajian Kes Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Maharani (N16), Negeri Johor Darul Takzim Pada Pilihan Raya Umum 1995 dan Pilihan Raya Umum 1999. Jabatan Sains Politik. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    20. Nor Ilyana Binti Aman Nor. (2004). Politik Melayu: Satu Tinjauan Terhadap UMNO Bahagian Parit Sulong. Program Sains Politik. Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.