Analisis Agihan Bantuan Sosial Terhadap Pembangunan Ekonomi Asnaf Mengikut Kawasan di Perlis
List of Authors
Hafirda Akma Musaddad, Khofizhoah Mohd Karim, Noorazeela Zainol Abidin, Ummi Naiemah Saraih, Wan Anis Wan Mohd Assrudin
Keyword
Agihan Kawasan, Asnaf, Bantuan Soaial, Pembangunan Ekonomi, Perlis
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis agihan bantuan sosial terhadap pembangunan ekonomi golongan asnaf mengikut kawasan di negeri Perlis pada tahun 2022 hingga 2024. Golongan asnaf merupakan penerima utama zakat dan bantuan sosial yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup serta menjamin kesejahteraan ekonomi mereka. Namun, kesan bantuan yang disalurkan sering kali berbeza mengikut kawasan disebabkan oleh faktor sosioekonomi, infrastruktur, dan keupayaan pengurusan tempatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui pengumpulan data sekunder bagi menilai sejauh mana bantuan sosial yang diterima telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi asnaf. Analisis perbandingan dilakukan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan dalam jumlah agihan bantuan kepada asnaf mengikut kawasan di Perlis. Selain itu, purata jumlah agihan bantuan sosial kepada asnaf menunjukkan peningkatan ketara sepanjang tempoh 2022 hingga 2024. Oleh itu, kajian ini mencadangkan untuk menggunakan pendekatan yang lebih bersasar dan berasaskan data dalam pengagihan bantuan, bagi memastikan impak yang lebih seimbang dan mampan kepada komuniti asnaf di seluruh negeri Perlis.