Keindahan Rekabentuk Corak Geometri Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Pahang
List of Authors
  • Norlis Ismail

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini berkaitan dengan penggunaan corak geometri Islam yang terdapat pada masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Pahang. Masjid adalah lambang identiti agama Islam dan mihrab, mimbar, menara dan kubah adalah empat ciri utama yang perlu ada pada setiap masjid. Tujuan penyelidikan ke atas masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Pahang, adalah untuk mengenalpasti, menganalisis dan mengkaji proses penghasilan reka bentuk corak geometri Islam berasaskan teori Gestalt, konsep Haqiqah dan Ihsan. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan data dikumpul melalui pendekatan pemerhatian, temubual dan foto visual di lapangan. Dapatan kajian mendapati reka bentuk corak geometri Islam bagi masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Pahang sangat unik dan mempunyai ciri yang tersendiri. Berdasarkan dapatan data yang diperolehi Masjid Negeri Sultan Ahamd Shah hanya menggunakan corak geometri Islam pada kubah, mimbar, dan mihrab. Empat corak geometri telah dikenal pasti yang terdiri daripada corak geometri segi empat sama, perulangan 2x segi empat sama/oktagon, perulangan 2x segi empat sama/oktagon (2x4=8), Heksagon dan Segi Empat ‘Kite’, dan perulangan 2x segi enam/heksagon (2x4=8), Hasil kajian juga mendapati kebanyakan responden yang di temubual kurang memahami terutama sekali reka bentuk corak geometri Islam. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa reka bentuk corak geometri Islam pada seni bina Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Pahang masih lagi boleh di kembangkan dan diaplikasikan serta bahan kajian ini dapat manjadi panduan dan rujukan kepada masyarakat.


Reference
  • No Data Recorded