Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Murid Berkeperluan Khas
List of Authors
  • Khairul Farhah Khairuddin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini membincangkan penglibatan ibu bapa bagi murid berkeperluan khas dengan menjadikan ibu bapa dari empat buah sekolah dalam negeri Selangor sebagai kajian kes. Persoalan kajian ini adalah untuk menilai adakah terdapat perbezaan yang ketara diantara jantina penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di sekolah, keduanya adakah terdapat perbezaan diantara tahap pendidikan terhadap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di sekolah dan ketiganya adalah ingin melihat adakah terdapat hubungan diantara penglibatan ibu bapa di rumah dengan penglibatan ibu bapa di sekolah. Teori Bronfenbrenner dirujuk sebagai perbincangan untuk memahami perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji. Kaedah soalselidik secara kuantitatif digunakan sebagai instrumen kajian yang melibatkan seramai 54 orang responden di empat  buah sekolah dalam negeri Selangor. Hasil daripada kajian yang dijalankan dapat dilihat dari tiga aspek iaitu penggunaan atau perkembangan teori yang digunakan, keduanya dari amalan praktikal yang boleh diamalkan dan akhir sekali dilihat dari aspek perkembangan ilmu terhadap amalan keibubapaan dalam merangka tahap pendidikan murid-murid berkeperluan khas dengan lebih baik lagi.


Reference
  • No Data Recorded